spot_img

Video Buli Pelajar Di Salah Sebuah Maktab Tular, Jadikan Perut Mangsa “Punching Bag”

- Advertisement -

TULAR sebuah video yang menunjukkan beberapa pelajar melakukan aktiviti buli di salah sebuah institusi pendidikan. Tidak dapat dipastikan di mana kejadian tersebut berlaku, namun melalui penampilan kesemua pelaku dan juga mangsa. Kebanyakan mereka dipercayai pelajar sekolah.

Dalam video yang sudah tular di laman Instagram, Facebook dan Twitter, kelihatan seorang pelajar berbaju merah telah dijadikan ‘bahan uji kaji’ oleh para pelajar lain. Mereka seolah-olah menjadikan perut mangsa sebagai punching beg untuk menguji kekuatan tumbukan masing-masing.

Kedengaran salah seorang pelajar yang berada di sekeliling mangsa memberi galakan kepada rakannya yang lain untuk menumbuk lebih kuat dan mangsa pula hanya berada di tengah-tengah seolah tidak berdaya untuk melakukan sesuatu.

- Advertisement -

Melalui satu tangkap layar yang dimuat naik di laman Twitter pula, dipercayai bahawa kejadian ini berlaku di salah sebuah maktab. Namun ia tidak dijelaskan secara terperinci nama penuh maktab tersebut. Mesej tersebut hanya meminta mereka yang memuat naik video tersebut untuk memadam video itu bagi menjaga nama maktab.

Video tersebut juga mendapat reaksi pelbagai daripada netizen, salah seorang pengguna Facebook di ruangan komen telah meminta pihak polis untuk segera mengambil tindakan sebelum kejadian lebih teruk berlaku, “Tolong ambil tindakan ke atas budak-budak bodoh ini. Mula-mula begini la diorang berani buat last-last sampai mati anak orang di buli.”

- Advertisement -

Ia juga mendapat perhatian Marina Ibrahim, seorang ahli politik yang aktif di Twitter. Dalam ciapannya, Marina meminta agar orang ramai untuk menularkan video tersebut supaya pelaku ditangkap dan dibawa ke muka keadilan, “Tak bagi sebar video atas alasan maktab akan ambil tindakan, sila jangan percaya. Netizen akan bantu uruskan sehingga pelaku masuk penjara.”

Manakala salah seorang pengguna Facebook pula meminta agar budaya buli dihentikan serta merta kerana kita sudah melihat bagaimana kesan buli telah menyebabkan keluarga arwah Zulfarhan Osman menerima kesannya sehingga sekarang.

- Advertisement -

Video itu kini telah ditonton dan dikongsikan oleh pelbagai pihak di semua platform media sosial. Ia juga mendapat reaksi geram dan marah daripada netizen. Selain itu, desakan kepada pihak polis dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk segera mengambil tindakan terus dilaungkan oleh netizen.

Setakat laporan ini ditulis, pihak polis masih belum membuat apa-apa kenyataan.

Untuk 6 lagi video bukti pembulian anda boleh lihat di Facebook di bawah

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL