spot_img

Kes Jadikan Perut Mangsa “Punching Bag”, Enam Pelajar Ditahan

- Advertisement -

IPOH – Polis menahan enam suspek kes buli didakwa berlaku di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar, seperti yang tular di media sosial semalam.

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, kesemua suspek berusia 13 tahun itu ditahan ketika hadir memberi keterangan berkaitan kes berkenaan kira-kira 6 petang.

“Setakat ini enam pelajar telah ditahan semalam dan mereka masih berada dalam tahanan sehingga kini,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

- Advertisement -

Tindakan beberapa remaja yang dipercayai pelajar asrama menumbuk dan menendang seorang pelajar lain secara beramai-ramai, tular di media sosial menerusi beberapa video berdurasi 13 hingga 30 saat, hingga menerima kecaman orang ramai.

Hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira 1 hingga 2 pagi pada 9 Disember melibatkan tujuh suspek remaja dan seorang mangsa yang kesemuanya berusia 13 tahun.

Susulan itu, pihak polis memanggil kesemua pelajar terlibat dan pemilik akaun media sosial yang menularkan video berkenaan bagi memberi keterangan untuk membantu siasatan kes di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

- Advertisement -

Artikel Berkaitan: Netizen Dakwa Terjumpa Media Social Suspek Kes Jadikan Perut Mangsa “Punching Bag”

Pihak MRSM mohon tidak viralkan isu ini

Semalam viral juga satu hantaran dari Twitter mengenai beberapa tangkap layar mendedahkan perbualan dengan pihak MRSM oleh @Ekax_.

- Advertisement -

Artikel Berkaitan: Video Buli Pelajar Di Salah Sebuah Maktab Tular, Jadikan Perut Mangsa “Punching Bag”

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL