Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 264

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 265
Netizen Bengang Dengan ‘Abam Uniform’ Ini Perlekeh Lelaki Yang Cuci Keretanya?
spot_img

Netizen Bengang Dengan ‘Abam Uniform’ Ini Perlekeh Lelaki Yang Cuci Keretanya?

- Advertisement -

TINDAKAN seorang anggota beruniform didakwa seolah-olah memperlekehkan seorang lelaki yang sedang mencuci kereta Perodua Axia miliknya mengundang rasa bengang dalam kalangan netizen.

Seorang pengguna laman Twitter @afis_alias berkongsi tangkap layar posting daripada anggota tersebut yang memuat naik satu foto keretanya yang sedang dicuci ke group Facebook My Axia Owners Club ( MAXOC ) (UNOFFICIAL).

Namun begitu, kaspyen yang telah ditulis anggota berkenaan yang dipercayai kakitangan di bawah Jabatan Penjara itu membuatkan netizen berasa kurang senang apabila membabitkan ‘banduan’.

- Advertisement -

Berikutan itu, @afis_alias mempersoalkan etika dan adab anggota terbabit yang dikatakan ‘membuta tuli’ apabila berkongsi sesuatu perkara di media sosial kerana tidak memikirkan imej berseragam yang digayakan.

“Kadang-kadang aku tak faham yang kerja kerajaan ni. Bahasa diaorang. Hmm. Sedih tengok pakai baju punya smart. Tapi otak tak berapa,” tulis @afis_alias sehingga diulang kicau hampir 1,000 kali.

“Banduan boleh basuh, buat apa basuh sendiri” – ‘Abam uniform’

- Advertisement -

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sekiranya tukang cuci itu merupakan seorang banduan ataupun anggota tersebut membuat gurauan tersirat yang turut kurang difahami oleh segelintir warganet.

Cuci kereta warden pun banduan buat ke?

- Advertisement -

Jika dilihat menerusi ruangan komen lain, rata-rata turut mempersoalkan kredibiliti dan kelayakan anggota terbabit sebagai unit beruniform sekali gus didakwa memandang rendah terhadap orang lain.

Naikkan sikit syarat masuk badan beruniform

Bertahun dalam kuarters penjara, okey je sembang2 dengan banduan potong rumput

Kalau nak bergurau pun, fikir dulu!

Sombong kalah Ketua Polis…

Pegawai baru ke ni?

Namun, tiada penjelasan lanjut daripada anggota berkenaan berhubung dakwaan dilakukan oleh warga Twitter itu. Jadi, beringatlah sebelum kongsi sesuatu. Kalau terlambat, buruk padahnya!

Sumber: Twitter @afis_alias

Psst: Sebab tu ada pepatah kata, berfikir sebelum bertindak. Terlajak jalan boleh diundur, terlajak post, dah padam pun tak guna.

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL