spot_img

Artifak Kuno Berusia 6000 Tahun Ditemui Dalam Perut Buaya

- Advertisement -

SEORANG lelaki telah membuat penemuan bersejarah apabila menemukan artifak berusia sekitar 6000 tahun dalam perut seekor buaya berukuran lebih kurang 13 kaki atau 3.9 meter.

Lelaki yang dikenali sebagai Shane Smith yang juga merupakan seorang pemburu buaya menemui artifak bersejarah itu ketika membelah perut buaya yang dibawa oleh rakannya, John Hamilton.

Ketika memproses buaya tersebut, Shane Smith telah menemui artifak berupa anak panah yang dipercayai digunakan oleh suku pribumi Amerika pada 5000 hingga 6000 tahun lampau.

- Advertisement -

Shane yang terkejut dengan penemuannya menyangka (kepala) anak panah itu terlekat pada badan haiwan lain sebelum haiwan itu dimakan oleh buaya berkenaan.

Walaubagaimanapun, pendapat itu disangkal oleh seorang ahli geologi yang percaya anak panah itu merupakan objek tunggal yang terjatuh di tanah sebelum dimakan oleh buaya itu.

- Advertisement -

Hasil pemeriksaan ahli geologi itu juga memberitahu usia artifak itu adalah di sekitar 5000 – 6000 tahun.

Penemuan itu dikongsikan di laman facebook Red Antler dengan status seperti berikut:

- Advertisement -

“Kami membelah buaya ini untuk melihat apa yang ada di dalam perutnya. Buaya yang dibawa John Hamilton hari ini memberi kejutan terbesar tahun ini”

Artifak (kepala) anak panah yang dipercayai digunakan pada sekitar 5000 – 6000 tahun lampau.

Menurut Shane, dia kemungkinan adalah orang pertama di dunia yang menarik keluar anak panah dari dalam perut buaya.

Menurut pakar sejarah pula, artifak (anak panah) itu adalah digunakan oleh suku pribumi Amerika untuk menangkap ikan pada zaman lampau.

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL