spot_img

Lihat Bagaimana Lelaki Ini Menipu Google Maps Dengan Menghasilkan “Traffic Jam” Palsu

- Advertisement -

SETIAP hari pasti ada sahaja individu yang cuba bereksperimen atau melakukan perkara yang aneh. Pada kali ini, giliran Simon Weckert pula membuktikan eksperimen beliau menggunakan 99 telefon pintar. Video diakhir artikel ini.

Umum tahu, traffic jam atau kesesakan lalu lintas Google Maps diukur melalui kelajuan kenderaan yang bergerak di sesebuah kawasan.

- Advertisement -

Bagi menghasilkannya, Simon Weckert telah memilih untuk mengaktifkan Google Maps pada 99 telefon pintar beliau serta membawanya sambil berjalan dengan menggunakan sebuah kereta sorong.

Eksperimen yang dibuat turut membuatkan sesetengah pengguna skeptikal mengenai cara Google Maps mengesan kesasakan lalu lintas walau bagaimanapun pekerja dari Google telah mengesahkannya kesahihannya.

“I work for Google maps and I know quite a bit about how this works. I believe this is possible.” – Torrey Hoffman.

- Advertisement -

Meskipun dianggap sekadar eksperimen, terdapat pengguna yang teruja dengan kemahiran beliau dalam ‘menipu’ sistem. Walau bagaimanapun, tidak kurang juga individu yang kurang gemar dengan pendekatan yang dibuat khususnya mereka yang benar-benar terkejut dengan kesesakan jalan raya di tempat mereka.

Eksperimen beliau yang dilakukan baru-baru ini kini telah tular dan sampai telah sampai ke pihak Google sekaligus mengundang jawapan balas daripada Google.

Berdasarkan laporan yang dikongsikan 9to5Google, difahamkan syarikat ini kagum dengan usaha lelaki ini bagi membuktikan masih terdapat ruang yang perlu diberi perhatian oleh Google Maps sekaligus membuatkan syarikat ini untuk bekerja lebih keras dalam menawarkan pengalaman Google Maps yang lebih tepat buat para pengguna.

- Advertisement -

Anda boleh tonton video di bawah untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana lelaki ini berjaya ‘menipu’ sistem Google Maps. Setakat video ini dimuat naik pada 1 Februari, video ini sudah mencapai 1.4 juta tontonan setakat artikel ditulis.

Rakaman yang tular

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL