spot_img

Kali Ini Giliran Proton Wira Pula Berlagak Jadi Marshal Halang Lalu Lintas

- Advertisement -

LUMUT – Polis sedang menyiasat kejadian sebuah kereta Proton Wira bertindak menghalang laluan kenderaan lain bagi memberi laluan satu konvoi di Sitiawan yang tular dalam media sosial sejak semalam.

Dalam klip video berdurasi 13 saat itu, kelihatan sebuah Proton Wira warna kelabu berjalur kuning bertindak seolah-olah menjadi marsyal di laluan utama bandar Sitiawan dekat sini. Video diakhir artikel ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Manjung, Deputi Superintendan Chong Boon Khim berkata, polis telah memanggil seorang lelaki berusia 29 tahun yang bekerja sebagai pemandu untuk direkodkan percakapannya.

- Advertisement -

Jelasnya, pada masa sama, polis turut merampas sebuah kereta Proton Wira kelabu dengan jalur kuning pada badannya untuk siasatan lanjut’,

“Berpandukan paparan pada laman Facebook JUSSHAIRI JAUHHARI dengan tajuk ‘Seperti polis mengarahkan kenderaan lain ke tepi dan berhenti untuk memberi laluan kepada konvoi mereka.”

“Berikutan itu, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis (IPD) Manjung membuat laporan polis pada pukul 2.29 petang tadi untuk siasatan dan tindakan selanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

- Advertisement -

Jelasnya, siasatan awal mendapati tindakan itu dilakukan bagi memberi laluan kepada konvoi kereta yang datang dari arah Seri Manjung menghala sebuah kuil Hindu di Sitiawan.

Kejadian itu disiasat di bawah Seksyen 48(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Lelaki Berlagak Marshal Dirakam Percakapan

- Advertisement -

Polis merakam percakapan seorang lelaki yang berlagak seperti marshal dengan mengarahkan kenderaan lain berhenti untuk memberi laluan kepada konvoi kereta di lampu isyarat pekan Sitiawan di sini pada Isnin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Manjung, Deputi Superintendan Chong Bhoo Kim berkata, siasatan dilakukan selepas laporan dibuat oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung.

“Laporan dibuat berpandukan Facebook pemilik akaun dengan tajuk ‘seperti polis mengarahkan kenderaan lain ke tepi dan berhenti untuk memberi laluan kepada konvoi mereka’.”

“Rakaman tersebut menunjukkan aksi marshal yang menggunakan kereta membuat tindakan mengarahkan lain- lain kenderaan ke tepi dan berhenti di lampu isyarat bagi memberi laluan kepada konvoi kereta yang datang dari arah Seri Manjung menghala ke Sitiawan,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Menurutnya, lelaki berusia 29 tahun itu dipanggil untuk dirakam percakapan dan hasil ujian saringan air kencing didapati negatif dadah.

Beliau berkata, sebuah kereta jenis Proton Wira dirampas dan kes disiasat mengikut Seksyen 48(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu galangan disebabkan kenderaan di jalan.

Rakaman yang tular

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL