Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 264

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 265
Pemandu Triton Bahayakan Nyawa Biarkan Budak Bermain Di Belakang Semasa Memandu
spot_img

Pemandu Triton Bahayakan Nyawa Biarkan Budak Bermain Di Belakang Semasa Memandu

- Advertisement -

TINDAKAN ibu bapa yang cuai membiarkan kanak-kanak tanpa pantauan sama ada di dalam atau luar kereta sering kali dirakam oleh pengguna jalan raya lain.

Walaupun sebelum ini pernah dilaporkan polis menahan reman ahli keluarga yang mengabaikan keselamatan kanak-kanak, namun masih ada segelintir pihak tidak bertanggungjawab mengulangi kesalahan yang sama.

Ada seorang pengguna Twitter @BxllaAnxar telah berkongsi ciapan satu rakaman video seorang kanak-kanak lelaki sedang melompat-lompat seorang diri di bahagian belakang Mitsubishi Triton ketika sedang hujan. Video diakhir artikel ini.

- Advertisement -

Menurut @BxllaAnxar, sudah ada beberapa buah kenderaan lain membunyikan hon serta membuka tingkap menegur perbuatan ahli keluarga kanak-kanak lelaki terbabit. Namun, pemandu trak pikap Mitsubishi Triton tidak mengendahkan teguran orang ramai.

Ciapan tersebut telah mendapat perhatian netizen yang rata-rata berasa geram dengan ahli keluarga yang membiarkan sahaja kanak-kanak lelaki itu tanpa mengira tentang keselamatannya.

- Advertisement -

Tambah orang ramai lagi, perbuatan tersebut tidak sepatutnya berlaku kerana ia bukan sahaja membahayakan kanak-kanak tersebut, bahkan kecuaian ini akan melibatkan pengguna jalan raya lain pula.

Para netizen juga meminta pihak berkuasa untuk mengenakan tindakan terhadap ahli keluarga yang ada bersama kanak-kanak ketika insiden tersebut dirakam oleh pengguna jalan raya lain.

Reaksi beberapa warga maya

- Advertisement -

Rakaman yang tular

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL