Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 264

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 265
Sembilan Kenderaan Guna Lorong Kecemasan Diminta "Menyerah Diri"
spot_img

Sembilan Kenderaan Guna Lorong Kecemasan Diminta “Menyerah Diri”

- Advertisement -

PORT DICKSON – Pihak polis meminta sembilan pemilik kenderaan yang didapati memotong barisan dengan menggunakan lorong kecemasan seperti yang tular dalam sebuah video di media sosial Facebook hari ini hadir ke Balai Trafik Port Dickson bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superitendan Aidi Sham Mohamed berkata, kejadian yang berlaku antara pukul 2 hingga 3 petang tadi menunjukkan pergerakan kenderaan semasa itu dari arah Sunggala ke Sua Betong memasuki Lebuh Raya Seremban-Port Dickson.

“Pihak Polis telah mengenal pasti butiran pemilik dan jenis kenderaan yang melakukan kesalahan tersebut iaitu kereta Proton Ertiga dengan nombor pendaftaran JSU 7346, Proton Axia (NDF 1629) Proton Saga (ALR 7776), Proton Gen2 (CBS 5433).”

- Advertisement -

“Seterusnya Toyota Hilux (JLV 7267), Proton Iswara (NBM 1706), Mitsubisihi Triton (MBG 3678), Proton Wira (NAV 7097) dan Perodua Myvi (VBB 1806),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Video berdurasi 43 saat di media sosial ‘Port Dickson Area’ menunjukkan aksi sembilan buah kenderaan memotong barisan dengan menggunakan lorong kecemasan.

Aidi Sham berkata, pihak polis menyeru semua pengguna jalan raya supaya tidak mementingkan diri dan mengamalkan sikap bersabar semasa memandu serta mematuhi peraturan lalu lintas dalam apa jua keadaan bagi mengelak sebarang kesulitan.

- Advertisement -

Tambah beliau, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 279 Kanun Keseksaan /Kaedah 53(1) Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.

Rakaman yang tular

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

- Advertisement -

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL