spot_img

Suami Baran Pecahkan Cermin Kereta Depan Anak, Isteri Tampil Jelaskan Punca

- Advertisement -

PETALING JAYA – Tindakan seorang lelaki memecahkan cermin kenderaan dipercayai dinaiki isteri dan dua anaknya tular di media sosial hari ini.

Menerusi perkongsian video oleh wanita dikenali sebagai Amira di laman Facebook, lelaki itu dilihat menghampiri kenderaan itu untuk memberikan wang kepada anaknya.

Aksi itu dirakam oleh wanita yang juga pemandu kereta tersebut. Video diakhir artikel ini.

- Advertisement -

Pemandu itu bagaimanapun dilihat seperti ketakutan apabila hanya membuka ruang tingkap sedikit sahaja bagi membenarkan tangan lelaki itu masuk menghulurkan duit kepada kanak-kanak tersebut.

Tiba-tiba lelaki itu naik angin dan memaut pada tingkap sehingga pecah. Dua kanak-kanak yang berada dalam kenderaan itu menangis ketakutan.

Dalam hantaran sama, wanita tersebut memaklumkan dia sudah melaporkan kejadian kepada polis dan lelaki tersebut yang merupakan suaminya juga sudah ditahan.

- Advertisement -

Pasangan itu dipercayai dalam proses perceraian dan sudah tidak tinggal sebumbung sejak April lalu.

“Pasal apa buka tingkap suku sahaja? Sehari sebelum kejadian, dia bawa lari beg dokumen aku yang ada dalam kereta.”

“Kalau buka penuh, memang kena jeratlah macam sebelum ini. Lagipun aku berhati-hati kali ini sebab dia pernah ugut nak ambil kereta, siap kata nak bakar lagi.”

- Advertisement -

“Sebelum ini juga dah berkali-kali jadi berebut kunci kereta dengan aku, sampai buang angin tayar kereta pun ada,” ujarnya.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna mengecam tindakan lelaki tersebut yang dikatakan mampu memberi trauma kepada anak-anak yang masih kecil.

“Kasihan pada anak-anak. Jangan ingat mereka kecil lagi, mereka boleh lupa apa yang jadi. Berbincanglah elok-elok, jangan biar anak jadi mangsa,” kata Lis.

“Tak sepatutnya berlaku di depan anak-anak. Jelas kelihatan seorang lelaki yang panas baran, harap wanita ini tabah,” kata Qasrina.

Isteri Tampil Beri Penjelasan

“letih laa sial punya perangai, pagi2 aku kalut nak p qeja, celah2 tu juga nak mai buat hal! depan anak2 juga nak tunjuk kelaku.”

“konon tu nak bgi duit dkt anak hang, ingatkan nak huluq beda beli susu pampers anak. skali tuu duit aku yang melayang. family aku dah la tak hebat, tak pasal dok kena perosah repair cermin dekat aku, seratus dua pun main dengan family tak hebat ni nampak nilai tu besar. boleh beli susu pampers anak stok untuk 2minggu!!”

“sebelum cerita ni dia playvictim, aku nak habaq sesiap pasaipa aku buka tingkap sesuku saja. sehari sebelum kejadian , dia bawa pelari beg dokumen aku yang ada dalam kereta. sebab tu hari ni aku buka tingkap sikit ja, kalau buka tingkap full, memang kena jerat laa macam sblm2 ni yg dok jadi dah. lagipun aku berhati2 kali ni sbab sebelum ni dia dok ugut nak ambil kereta aku, siap mention nak bakar lagi. sebelum ni juga dah berkali-kali jadi dok berebut kunci kereta dengan aku, sampai buang angin tayar kereta pun ada. so aku dah sampai tahap tak larat dah nak hadap benda ni.”

“kami dalam proses penceraian, dan sudah tak duduk skali sejak april 2021. jdi statmnt ni aq bawa kluaq sesiap sebelum ada orang lain dok plotwist certa jadi kot lain lepas tu dok claim aku putaq belit bagi caca merba keadaan ka apa ka aku ada video ni sbagai bukti. post aku bukan nak provok sapa2 cuma kalau rasa terprovok, cek balik. salah tetap salah.”

Rakaman yang tular

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL