spot_img

Wanita Ini Ceritakan “Realiti Sebenar” Sebagai Penduduk Cameron Highlands

- Advertisement -

SETIAP kali hujung minggu atau musim cuti sekolah, pastinya Cameron Highlands yang terletak di Pahang antara menjadi destinasi percutian. Meskipun terpaksa menempuh kesesakan jalan raya yang panjang, keindahan Cameron Highlands yang sejuk dan nyaman antara yang membuatkan destinasi ini menjadi pilihan ramai.

Terbaharu, tular di TikTok apabila yang dikenali di Tiktok menerusi akaun @nraliia tampil berkongsi realiti sebenar yang terpaksa dilalui penduduk Cameron Highlands selepas disangka netizen lebih indah berikutan keadaan cuacanya yang sejuk. Video diakhir artikel ini.

Menerusi perkongsian, penduduk Cameron Highlands sering kali terpaksa memakai sarung kaki berikutan keadaan lantai yang juga turut sejuk. Selain itu, minyak masak juga turut beku membuatkan proses memasak juga akan menjadi sedikit panjang.

- Advertisement -

Bukan sahaja memasak, para penduduk Cameron Highlands juga terpaksa membiasakan tangan atau pinggan dengan keadaan air yang sejuk. Selain itu, makanan juga perlu dimakan dengan segera kerana cuaca yang sejuk akan turut membuatkan makanan menjadi sejuk dengan lebih cepat.

Sewaktu mahu tidur pula, penggunaan dua selimut antara yang diperlukan bagi mengelakkan kesejukan yang melampau pada waktu tengah malam. Penggunaan air panas sewaktu mandi juga antara yang diperlukan bagi mengelakkan mandi dengan keadaan air yang terlalu sejuk.

Menerusi perkongsian beliau, rata-rata netizen nyata terhibur serta turut berkongsi pengalaman sewaktu di Cameron Highlands. Berikut antara komen netizen menerusi perkongsian di TikTok beliau.

- Advertisement -

Meskipun terdapat pelbagai cabaran, rata-rata netizen meluahkan rasa minat untuk berkunjung ke Cameron Highlands berikutan kepelbagaian tarikan yang tersedia di tanah tinggi tersebut.

Reaksi beberapa warga maya

Rakaman yang tular

- Advertisement -

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL