spot_img

Honda Civic “Koyak” Lepas Geram Baling Botol Sebab Tak Dapat Pancung Kereta Depan

- Advertisement -

ADA sebab kenapa setiap kenderaan dilengkapi dengan lampu isyarat belok atau lampu signal. Namun, ia seperti menjadi satu beban buat segelintir pengguna jalan raya untuk menggunakannya.

Baru-baru ini seorang pemandu Honda Civic dirakam kerana menjadi ‘pembuli jalan raya’ apabila dia membaling botol air plastik dari tingkap keretanya kepada pengguna jalan raya lain. Video diakhir artikel ini.

Menurut hantaran asal video tersebut, pemandu Honda Civic tersebut ‘koyak’ setelah dia tidak diberikan ruang untuk masuk simpang oleh kerana jalan tersebut merupakan laluan sehala.

- Advertisement -

“Apa masalah kau? [Ayat carutan]. Signal tak bagi, tiba-tiba masuk macam itu,” jerit pemilik video dashcam setelah pemandu Honda Civic membaling botol air terus pada keretanya.

Bagaimanapun, penumpang disebelah pemilik video dashcam itu menenangkannya dan memintanya untuk meneruskan perjalanan supaya tidak berlaku pergaduhan yang lebih besar.

Hantaran video tersebut telah mendapat pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya berasa geram serta marah terhadap pemandu Honda Civic tersebut yang melakukan dua kesalahan serentak – membuli pengguna jalan raya lain dan tidak memberikan lampu signal semasa mahu masuk simpang.

- Advertisement -

Tambah orang ramai lagi, perbuatan pemandu Honda Civic tersebut seperti kebudak-budakkan hanya kerana tidak dapat bersabar sedikit, dia melepaskan geram pula kepada orang lain.

Netizen juga menyatakan tidak berbaloi untuk bergaduh dengan orang seperti itu kerana ia hanya membuang masa dan adalah lebih baik membuat laporan kepada pihak berkuasa untuk dikenakan tindakan.

Reaksi beberapa warga maya

SUMBER GAMBAR: FACEBOOK DASHCAM OWNERS MALAYSIA
SUMBER GAMBAR: FACEBOOK DASHCAM OWNERS MALAYSIA
SUMBER GAMBAR: FACEBOOK DASHCAM OWNERS MALAYSIA
SUMBER GAMBAR: FACEBOOK DASHCAM OWNERS MALAYSIA
SUMBER GAMBAR: FACEBOOK DASHCAM OWNERS MALAYSIA

Rakaman yang tular

- Advertisement -

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL