spot_img

Long Tiger Loloskan Diri Dari Lokap, Anggota Polis Pengiring Disiasat

- Advertisement -

SEORANG lelaki berketurunan Rohingya dipanggil Long Tiger kini dicari polis selepas melarikan diri dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak, hari ini.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Mohd. Fadhil Minhat berkata, lelaki bernama Abdul Hamim Ab. Hamid, 32, itu meloloskan diri melalui pintu utama mahkamah pada pukul 11.55 pagi sebelum perbicaraan bermula.

“Suspek diambil dari Penjara Sungai Udang, Melaka semalam untuk perbicaraan di bawah Sesyen 388 Kanun Kesekksaan.”

- Advertisement -

“Bagaimanapun prosiding yang sepatutnya bermula pada pukul 10 pagi ditangguhkan sementara menunggu kehadiran peguam bela tertuduh.”

“Beberapa anggota polis yang membawa lelaki itu ke mahkamah menyedari tertuduh sedang cuba melarikan diri apabila melihat dia keluar ke pintu utama mahkamah menuju ke pagar,” katanya dalam sidang akhbar, sebentar tadi.

- Advertisement -

Menurut Mohd. Fadhil, empat anggota polis terbabit bersama pengawal keselamatan cuba mengejar suspek namun dia terus menuju ke semak berdekatan sebelum hilang dan gagal dikesan.

“Jarak dia dan anggota polis terlampau jauh menyebabkan dia sukar diberkas. Long Tiger telah melalui kawasan semak berdekatan bersama gari di tangan.”

“Oleh demikian kita mohon kerjasama orang ramai yang terlihat Long Tiger atau mempunyai maklumat berhubung lokasi tertuduh untuk segera hubungi polis.”

- Advertisement -

“Bagi kes ini, beberapa anggota polis yang bertanggungjawab mengiringi lelaki itu ke mahkamah juga akan disiasat di bawah Sesyen 233 kerana kecuaian,” katanya.

Mohd. Fadhil berkata, pihaknya masih menyiasat sama ada kesemua anggota tersebut terlibat dalam kejadian ini atau sebaliknya serta cara tertuduh meloloskan diri dari sel mahkamah.

Tambah beliau, tertuduh masih mempunyai status perbicaraan di Mahkamah Sesyen Muar membabitkan kesalahan rogol di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kini disiasat mengikut Sesyen 224 kanun sama kerana lari daripada tahanan.

“Suspek seorang lelaki botak dengan ketinggian lebih kurang 160 sentimeter dan berat sekitar 65 kilogram memakai baju pagoda serta berseluar coklat,” katanya.

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL