spot_img

Pengeluaran Antara Bank Akan Dikenakan Caj RM1 Semula Mulai Februari

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Caj transaksi sebanyak RM1 kepada pengguna akan dikenakan semula ke atas pengeluaran wang tunai antara bank untuk transaksi yang dilakukan di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) mulai 1 Februari tahun depan.

Sebelum ini, pengguna boleh menikmati kemudahan pengecualian caj RM1 yang dikenakan ke atas pemegang kad bagi mana-mana mesin ATM sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan bermula tahun lalu.

Berdasarkan pemerhatian, setakat ini antara bank yang memaklumkan langkah itu kepada pelanggannya menerusi makluman media sosial adalah CIMB Malaysia, Bank Islam Malaysia Berhad, Maybank, RHB Bank, Citibank dan HSBC.

- Advertisement -

Menurut Maybank, mulai 1 Februari 2021, caj transaksi RM1 untuk pengeluaran wang tunai antara bank di ATM akan dilaksanakan semula.

“Pelanggan Maybank masih boleh mengeluarkan wang tunai tanpa caj di ATM Maybank,” katanya.

- Advertisement -

Menurut CIMB, “Pelanggan yang dihormati, berkuat kuasa pada 1 Februari 2022, caj transaksi RM1 akan dikenakan ke atas pengeluaran wang tunai antara bank untuk transaksi yang dilakukan di ATM/mesin layan diri bukan CIMB Bank/CIMB Islamic”.

Bank Islam pula memaklumkan, “Bagi pemegang kad Bank Islam, tiada caj dikenakan untuk pengeluaran menggunakan ATM Bank Islam”.

Buat masa ini, pengecualian caj transaksi sebanyak RM1 diteruskan apabila kerajaan memaklumkan sebarang keputusan sama ada sehingga bila ia akan diteruskan atau ditamatkan bergantung kepada Kementerian Kewangan.

- Advertisement -

Jika sebelum PKP, mana-mana pengguna yang ingin mengeluarkan wang di ATM selain bank dilanggan mereka akan dikenakan caj transaksi sebanyak RM1.

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL