spot_img

Fungsi Dua Butang Pam Tandas Yang Ramai Salah Guna

- Advertisement -

SEBENARNYA ramai antara kita yang setiap kali menggunakan tandas akan menekan kedua-dua butang pam dengan anggapan bahawa tandas akan lebih bersih.

Ramai yang berfikir dengan menekan kedua-dua butang pam, air yang digunakan untuk membersih akan jadi lebih banyak atau ada juga yang beranggapan bahawa tekanan air akan lebih kuat jika kedua-dua butang ditekan serentak.

Sebenarnya setiap butang mempunyai fungsi tersendiri. Jika diperhatikan butang ini biasanya mempunyai dua saiz berbeza, yang satunya kecil dan satu lagi lebih besar. Ramai yang tidak tahu fungsi sebenar butang-butang ini jadi, untuk menjawab persoalan tersebut, seorang pengguna TikTok, Jamban King Steve ada menerangkan tentang perkara tersebut. Video diakhir artikel ini.

- Advertisement -

Melalui video yang dikongsikan, lelaki ini ada menerangkan bahawa kedua-dua butang pada tangki simbah mangkuk jamban memiliki fungsi yang berbeza. Butang kecil pada tangki simbah akan mengeluarkan tiga liter air ke dalam mangkuk jamban, manakala butang yang lebih besar pula akan mengeluarkan enam liter air.

- Advertisement -

Jadi, sekiranya korang buang air besar, disarankan untuk tekan butang besar. Kalau buang air kecil pula, tekan butang kecil sudah memadai. Apa yang penting jangan menekan kedua-dua butang serentak kerana akan berlaku pembaziran air dan kemungkinan pam tandas akan boleh rosak dengan cepat.

Rakaman yang tular

- Advertisement -

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL