spot_img

Lelaki “Superman” Jadi Hero Campak Biawak Buat Kacau Di Restoran

- Advertisement -

JIKA bercakap pasal haiwan reptilia biawak, rasanya ramai orang akan berasa geli dan tidak ramai orang yang menjadi berani apabila berhadapan dengannya.

Baru-baru ini haiwan itu menjadi tetamu tidak diundang yang membuat kejutan kepada para pelanggan, yang sedang menikmati makanan di sebuah medan selera di Mukah, Sarawak. Video diakhir artikel ini.

- Advertisement -

Menerusi rakaman video TikTok yang turut menjadi tular di Facebook dan Twitter, kelihatan para pelanggan berdiri panik dan ada yang melarikan diri apabila tiba-tiba muncul seekor biawak ‘bersiar-siar’ di dalam medan selera tersebut.

Tetapi dengan pantas muncul abang berbaju merah berlogo Superman mendekati biawak itu, memegang dan menarik ekornya lalu mengheretnya ke arah tepi sungai.

- Advertisement -

Dengan tangkas dan selamba, abang baju merah terus mencampakkan biawak itu ke dalam kuala sungai.

- Advertisement -

Tahulah biawak itu hendak ke mana kalau dia pandai berenang. Walaupun mungkin dia sedikit pening menjadi ‘helikopter’ sebentar ketika dihumban ke dalam sungai, janji tidak lagi mengganggu para pelanggan di medan selera itu.

Aksi berani abang baju merah mengusir biawak telah menarik perhatian para warganet dengan memberi komen:

“Steady je hero pegang ekor.”

“Biawak I believe I can fly..”

“Hero yang sebenar..”

“Hero kita sedang beraksi..”

Abang ini memang hebat sebab macam itu sahaja dia boleh campak biawak ke dalam sungai.

Dan kalau makan tepi sungai atau laut semua orang pun kenalah berhati-hati. Nasib baik ada abang baju merah ‘Superman’ ini selamatkan keadaan.

Rakaman yang tular

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL