spot_img

Touch n Go Dan SmartTAG Dihentikan Penggunaan Secara Berperingkat

- Advertisement -

KEMENTERIAN Kerja Raya Malaysia pada hari ini telah mengumumkan kaedah pembayaran tol yang digunakan ramai iaitu kad Touch ’n Go dan SmartTAG akan dihentikan secara berperingkat dalam memberi peluang untuk lebih banyak lorong RFID disediakan di lebuh raya.

Difahamkan langkah ini dibuat dalam membolehkan para pengguna lebuh raya menikmati pengalaman perjalanan yang lebih lancar seiring dengan perkembangan teknologi kini menerusi penggunaan RFID.

- Advertisement -

Pemilihan ini dibuat seiring dengan hasrat kerajaan dalam melaksanakan laluan tol tanpa palang dalam beberapa tahun lagi sekaligus dapat mengurangkan kesesakan di plaza tol.

Sebelum ini pihak PLUS turut memaklumkan akan memperbanyakkan laluan tol dengan kaedah pembayaran RFID dalam memudahkan pengguna. Melihat kepada perkembangan yang dibuat pihak kerajaan dan PLUS, pastinya pengguna lebuh raya perlu bersedia dalam menggunakan RFID pada kereta yang dipandu.

Touch’n Go, Smart Tag akan dihentikan laluan tol Juru hingga Skudai

Transaksi tol menggunakan teknologi Radio Frequency Identification (RFID) akan dilaksanakan untuk kenderaan ringan persendirian (Kelas 1) di laluan Juru, Pulau Pinang hingga Skudai, Johor di Lebuh Raya Utara-Selatan bermula 15 Januari depan.

- Advertisement -

Kementerian Kerja Raya (KKR) berkata, langkah ini bagi mengurangkan kesesakan yang berlaku di plaza tol.

“Ia bertepatan dengan keperluan dan kehendak pelanggan lebuh raya serta selari dengan perkembangan teknologi masa kini.”

“Pelaksanaan RFID juga selaras dengan Rancangan Induk Sistem Pengangkutan Pintar (Intelligent Transport System-ITS Blue Print) yang diterajui oleh KKR termasuklah pelaksanaan Sistem Tol Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

- Advertisement -

Tambahnya, RFID juga menawarkan sekuriti tunai digital dan tambah nilai tanpa tunai melalui penggunaan Touch ‘n Go e-wallet tanpa perlu mengunjungi kaunter tambah nilai.

Selain itu, katanya, kutipan tol menggunakan kad Touch ‘n Go dan Smart Tag masih lagi disediakan namun akan dihentikan secara berperingkat.

“Pihak KKR dan Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) ingin mengajak pengguna lebuh raya segera beralih kepada sistem pembayaran tol RFID bagi menikmati perjalanan yang lebih baik dan mudah seiring perkembangan teknologi masa kini,” ujarnya.

Tambahnya, orang ramai boleh mendapatkan tag RFID secara online menerusi Touch ‘n Go e-wallet, portal Touch ‘n Go atau ejen pemasaran yang dilantik.

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL