spot_img

Penjawat Awam Dikenakan Denda RM8000 Kerana Berniaga Sarung Kaki

- Advertisement -

SEORANG penjawat awam bernama Suzana Murni Mansor dikenakan hukuman denda RM8,000 selepas mengaku bersalah terlibat dalam perniagaan membekal sarung kaki bernilai RM44,500 tanpa kebenaran. Wanita bersuaia 53 tahun itu mengaku bersalah selepas tuduhan dibaca terhadapnya di hadapan Hakim Azura Alwi di Mahkamah Sesyen.

Hakim Azura turut menasihati tertuduh agar insaf dan dapat memulakan kehidupan yang baharu memandangkan tertuduh adalah seorang pekerja yang cemerlang. “Jadi, saya berharap anda mengambil peluang ini, mulakan kehidupan yang lebih bermakna untuk diri dan keluarga,” katanya.

Menurut Sinar Harian, Suzana didapati bersalah kerana telah mengambil bahagian dalam perniagaan iaitu sebagai pemilik Syarikat Fana Global Resources. Syarikat itu didapati mendapat kerja membekal dan menghantar sarung kaki kepada kakitangan hospital kerajaan yang bernilai RM44,500.

- Advertisement -

Difahamkan, Suzana telah menjalankan perniagaan semasa beliau menjadi pegawai badan awam iaitu pembantu tadbir di Jabatan Pengurusan Fasiliti Bersepadu, sebuah hospital universiti awam. Sebagai penjawat awam, beliau terikat dengan undang-undang yang melarang beliau mengambil bahagian dalam perniagaan.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 168 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya. Dalam kes ini, pertuduhan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Noryusriza Zulkifli dan pegawai pendakwa SPRM, Mohd Aliff Shaharuzaman. Manakala tertuduh yang tidak diwakili peguam.

- Advertisement -

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

- Advertisement -

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL