spot_img

Long Tiger Beritahu Ada Yang Ingin “Cabut” Nyawanya Semasa Dalam Lokap

- Advertisement -

PEGUAM kepada Long Tiger atau nama sebenarnya Ab. Hamim Ab. Hamid mendakwa terdapat cubaan mencederakan atau cubaan membunuh individu berkenaan ketika ditahan di dalam penjara.

Datuk Shaharudin Ali berkata, pihaknya telah melakukan satu laporan polis berhubung perkara tersebut.

Katanya, Hakim Mahkamah Tinggi Muar juga telah merekodkan semua kenyataan kenyataan peguam dan Timbalan Pendakwa Raya dalam mahkamah terbuka pada 21 November lalu.

- Advertisement -

Pihaknya bagaimanapun mengakui perbuatan anak guamnya yang bertindak melarikan diri daripada tahanan sah adalah satu kesalahan jenayah.

“Berita tentang anak guam kami melarikan diri dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak telah menular luas.”

- Advertisement -

“Kejadian ini memeranjatkan kami kerana pada sebelah pagi, kes terhadap Long Tiger mulanya telah dipanggil oleh Majistret di dalam kamar.”

“Namun semasa para peguam makan tengah hari di bandar Muar, kami dikejutkan dengan berita Long Tiger telah lari keluar dari lokap mahkamah. Kami juga dimaklumkan kes telah ditunda keesokkan harinya,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Bagaimana beliau memberitahu pihaknya tidak pasti sama ada Long Tiger melarikan diri mempunyai kaitan dengan perkara tersebut atau tidak.

- Advertisement -

“Cubaan mencederakan Hamim semasa dalam tahanan bukan perkara baru kepada kami dan semuanya ini telah dirakamkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Muar.”

“Akibat daripada dakwaan ini, untuk keselamatan tertuduh, Hakim telah meminta Hamim dipindahkan ke penjara lain namun setakat ini, kita tidak tahu perkembangan siasatan laporan polis yang telah dibuat bagi pihak Hamim.”

“Kami khuatir dan kami tidak tahu, samada Hamim melarikan diri atas sebab yang berkaitan dengan keadaan mentalnya akibat daripada serangan fizikal dan mental keatas beliau didalam tahanan reman,” ujarnya.

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL