Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 264

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 265
Sarjana USM Curi Perhatian Mengenakan Busana Tradisional Gabungan Sabah
spot_img

Sarjana USM Curi Perhatian Mengenakan Busana Tradisional Gabungan Sabah

- Advertisement -

ISTIADAT konvokesyen adalah satu majlis rasmi penuh protokol, yang bertujuan untuk meraikan kejayaan graduan dalam menuntut ilmu. Biasa bersama jubah, hood dan mortar board, para graduan akan mengenakan pakaian formal atau pakaian kebangsaan yang sopan.

Seorang graduan sarjana yang berasal dari Sabah, Michelle Glory, menarik perhatian semua pada hari konvokesyennya apabila mengambil keputusan untuk mengenakan pakaian tradisional gabungan suku Kadazan Papar dan Kadazan Penampang yang cantik.

Michelle dengan sungguh anggun dan bergaya naik ke pentas untuk menerima ijazah sarjana ketika Majlis Konvokesyen Universiti Sains Malaysia yang ke-58 baru-baru ini. Pada hari itu, Michelle menjadi salah seorang graduan paling menarik perhatian dengan pakaian tradisionalnya yang amat cantik dan kreatif.

- Advertisement -

Tiga gambar majlis konvokesyen universiti itu menjadi tular di Facebook selepas kalangan warganet berasa amat kagum dan penuh memuji selepas melihat Michelle berjalan anggun memperagakan pakaian tradisional Sabah ketika menerima ijazah sarjananya, yang amat bijak disesuaikan dengan warna jubah dan hood berwarna kuning.

Michelle yang berusia 28 tahun adalah pelajar Sains Biologi di Universiti Sains Malaysia yang bekerja sebagai pembantu penyelidik di jabatan ini dan melengkapkan ijazah sarjananya.

- Advertisement -

Sebelum ini, ketika pertama kali naik ke pentas untuk menerima ijazah sarjana muda, Michelle memakai gaun pengantin tradisional ibunya, tetapi dia tidak boleh memakainya sekali lagi, menurutnya kepada Sin Chew Daily.

“Ayah saya suku Kadazan Papar dan ibu saya Kadazan Penampang, jadi kali ini saya ingin menggabungkan pakaian dua suku ini di satu tempat,” katanya.

- Advertisement -

“Bagaimanapun, protokol dan etika pemakaian majlis universiti itu menetapkan bahagian bawah badan tidak boleh pendek dan perlu melebihi paras lutut, jadi saya meminjam skirt yang lebih panjang daripada Persatuan Kadazan-Dusun Murut di Pulau Pinang,” jelasnya.

Michelle tidak menyangka gabungan kreatif pakaian tradisional dari suku Kadazan itu boleh menarik perhatian ribuan warganet. Beliau menyatakan rasa bangga serta berpuas hati kerana lebih ramai orang kini mengenali dan menyukai busana tradisional yang unik dan cantik dari Sabah.

Michelle Glory berkata beliau akan terus memakai pakaian tradisional Sabah yang lain pula apabila naik ke pentas untuk menerima ijazah PhD pada hari konvokesyen di masa hadapan.

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL