spot_img

“Bukan Lagi Banjir Kilat” Ulasan Pakar Meteorologi Mengenai Bencana Yang Menimpa Lembah Klang

- Advertisement -

SEPERTI ramai sedia maklum, kawasan sekitar Lembah Klang telah mengalami banjir yang luar biasa pada kali ini.

Menurut Prof Datuk Dr Azizan Abu Samah daripada Universiti Malaya selaku pakar meteorologi, curahan hujan kali pada kali ini empat kali ganda lebih banyak daripada biasa akibat tekanan rendah di tengah Semenanjung.

Tekanan rendah ini yang menjana hujan secara besar-besaran. Sekiranya sekadar ribut ribut petir biasa, hujan lebat hanya berlarutan selama beberapa jam sahaja.

- Advertisement -

Hujan lebat bukan turun di Lembah Klang. Hujan besar-besaran turun di Banjaran Titiwangsa. Air hujan yang turun di Banjaran Titiwangsa inilah masuk ke sungai-sungai utama di Selangor.

Kesannya, sebahagian besar sungai di paras bahaya. Sungai Selangor yang mengalir dari Kuala Kubu Bharu di timur dan masuk ke Selat Melaka di Kuala Selangor di barat pun sudah paras bahaya.

- Advertisement -

Lebih buruk, kawasan Klang berdepan air pasang besar. Tidaklah tinggi sangat tetapi air dari darat tidak dapat keluar. Fenomena banjir di Selangor bukan banjir kilat lagi tapi menyamai banjir besar melanda Pantai Timur tahun 2014.

Prof Azizan juga memaklumkan jumlah hujan terlalu lebat ini memang tidak mampu ditampung Terowong Jalan Raya dan Pengurusan Air Banjir (Lebuhraya SMART). Sungai yang dalam pun, air akan naik. Pecah tebing.

Untuk pengetahuan, Lebuhraya SMART ini bukan calang-calang. Mempunyai kepanjangan 9.7km, terowong lencongan air ini merupakan yang terpanjang di Asia Tenggara dan kedua terpanjang di Asia.

- Advertisement -

Jika Prof Azizan memaklumkan Lebuhraya SMART tidak mampu tampung jumlah hujan kali ini, bayangkan impak tekanan rendah berserta curahan hujan empat kali ganda di kawasan Tulang Belakang Semenanjung – Banjaran Titiwangsa – sekarang ini.

Berikut merupakan fakta yang berlaku sepanjang banjir yang berlaku pada kali ini. Pihak bomba di Selangor terima 1,600 panggilan kecemasan hanya dalam tempoh 24 jam.

Paras air di 14 sungai di Selangor melebihi tahap bahaya setakat 10.15 malam tadi. Shah Alam, Klang dan Hulu Langat paling teruk terjejas dengan ada kawasan air naik ke paras bumbung. Ramai mangsa banjir sejak malam tadi hingga pagi ini masih terperangkap. Banyak kawasan terputus hubungan. Jalan utama ditutup.

Di Kuala Lumpur, kawasan teruk yang terjejas adalah di Kampung Baru, Kg Periuk, Kg Kolam Air, Kg Kassipilay, Lembah Pantai, Taman Hock Ann, Jalan Batu Bata.

Curahan hujan dalam tempoh 24 jam ini bersamaan jumlah hujan untuk sebulan.

Banyak kawasan di Selangor sebelum ini tidak pernah dinaiki air juga tenggelam. Pihak bomba nasihatkan kepada mangsa banjir supaya tidak sekadar beri alamat rumah. Berkomunikasi dengan pihak penyelamat guna isyarat seperti suluhan lampu dari telefon bimbit.

Pihak bomba nasihatkan jangan menyeberang air deras atau cuba untuk keluarkan kereta bagi mengelak terperangkap kerana kita tidak tahu halaju arus.

Pihak bomba terpaksa mengutamakan warga emas, sakit kritikal, ibu hamil, baru bersalin, kanak-kanak.

Elak daripada menekan atau berkelahi dengan anggota penyelamat. Sementara menantikan bantuan, cuba selamatkan diri di tempat lebih tinggi.

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL