spot_img

KBS “Sempat” Buat Majlis Pelancaran Skuad Sukarelawan Pasca Banjir

- Advertisement -

SEPERTI ramai sedia maklum, Lembah Klang telah dilanda dengan bencana banjir di mana terdapat beberapa kawasan yang lumpuh membuatkan orang ramai terputus hubungan serta gagal mendapatkan bantuan barangan keperluan.

Dalam pada itu, di saat bantuan amat diperlukan, Kementerian Belia dan Sukan tampil melancarkan Skuad Sukaralewan Pasca Banjir Kementerian Belia Dan Sukan menerusi sebuah acara rasmi yang disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Dato’ Azumu.

- Advertisement -

Menerusi sedutan ucapan YB Dato’ Seri Ahmad Faizal, pelancaran skuad ini bertujuan bagi meringankan beban mangsa banjir yang terlibat. Pihak KBS juga memaklumkan sedia menyediakan fasiliti-fasiliti terdiri daripada kompleks belia dan sukan akan dijadikan pusat pemindahan sementara bagi meringankan kesulitan yang dihadapi Keluarga Malaysia.

Usaha yang dilakukan pihak KBS ini walau bagaimanapun kurang disenangi oleh para netizen yang berpendapat tidak perlu buat pihak KBS mengadakan majlis rasmi sebaliknya boleh menjalankan misi bantuan yang diperlukan secepat mungkin. Berikut merupakan respon netizen terhadap majlis yang diadakan pada tengah hari ini.

- Advertisement -

Orang ramai berpeluang mengikuti ucapan YB Dato’ Seri Ahmad Faizal secara rasmi menerugi laman Instagram @KBS Malaysia. Diharapkan semoga segala bantuan yang diberikan daripada pelbagai pihak termasuk para sukaralewan sekaligus bakal memudahkan mangsa banjir yang terlibat.

- Advertisement -

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL