spot_img

Rumah Pusaka 8 Beradik Tinggal Tangga Selepas Dihanyut Banjir

- Advertisement -

SEORANG warga emas sempat menyelamatkan diri sebelum rumah pusaka yang didiaminya hanyut dalam kejadian banjir di Batu 18, Kampung Jawa, Hulu Langat, Selangor, malam tadi.

Rumah pusaka yang dibina pada tahun 1969 peninggalan ibu bapa kepada lapan beradik itu menjadi tempat berteduh kakak sulung keluarga itu Rohana Mahfuz, 75.

Adiknya Rodiah, 56, berkata, kakaknya tinggal seorang diri dan ketika air mula naik di halaman rumah dia sempat membuat persiapan dengan mengalihkan barangan penting ke tempat lebih tinggi.

- Advertisement -

Menurutnya, menjelang tengah malam paras air semakin naik dengan mendadak dan penduduk kampung menasihati Rohana supaya segera berpindah ke tempat selamat.

“Apabila air naik Kak Long (Rohana) alihkan kereta ke kawasan lebih tinggi sedikit, kemudian dia sempat pindahkan barang-barang rumah ke tempat lebih selamat.”

“Kemudian Kak Long tengok paras air sudah mencecah di kawasan keretanya diparkir. Ketika mahu alihkan lagi kereta ada penduduk datang nasihatkan supaya terus berpindah kerana air naik dengan cepat,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini, hari ini.

- Advertisement -

Bagaimanapun Rodiah berkata, mereka terkejut apabila dimaklumkan rumah pusaka itu dihanyutkan banjir.

“Hanya tangga sahaja yang tinggal. Barangan dalam rumah memang tak sempat diselamatkan termasuk dokumen penting seperti kad pengenalan.”

- Advertisement -

“Apa pun kami adik-adik bersyukur kerana Kak Long selamat,” katanya.

Tambahnya lagi, sebelum ini rumah tersebut pernah mengalami kerosakan akibat banjir namun tidak pernah seteruk kejadian kali ini.

“Rumah kami ini memang selalu banjir, tapi tak teruk. Tak sangka kali ini dihanyutkan banjir.”

“Di rumah inilah kami lapan beradik membesar. Sejak mak dan bapa meninggal, kak long tinggal di sini seorang diri,” kata Rodiah.

Jelasnya, kini mereka mula memikirkan untuk membina semula rumah tersebut sebelum menjelangnya hari raya Aidilfitri akan datang.

“Sebab di rumah ini tempat kami adik-beradik selalu berkumpul terutamanya setiap kali sambutan Aidilfitri,” ujar Rodiah lagi.

Kejadian banjir di beberapa negeri semakin memburuk sejak semalam apabila jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) meningkat kepada lebih 21,000 orang tengah hari tadi.

Di Selangor setakat petang ini, sebanyak 6,242 mangsa ditempatkan di 80 PPS di daerah Klang, Kuala Langat, Petaling, Sepang, Kuala Selangor dan Hulu Langat.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) juga mengeluarkan amaran zon merah dan hujan lebat melibatkan lapan daerah di Selangor hari ini.

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL