spot_img

Kerana Gagal Jawab Soalan Matematik, Pelajar Perempuan Maut Didenda Cikgu

- Advertisement -

SEKOLAH merupakan tempat seseorang itu menimba ilmu dan belajar melalui proses pengajaran dan pembelajaran. Seorang guru diibaratkan sebagai sebatang lilin yang akan membakar dirinya demi membantu anak muridnya untuk berjaya.

Namun, ini kisah yang berlaku di Sichuan, China, apabila seorang guru subjek matematik bertindak mendenda pelajarnya secara melampau kerana salah menjawab 2 soalan.

Sempat beli bunga

- Advertisement -

Sebelum kejadian berlaku, pelajar tersebut Ning Ning yang berusia 10 tahun, sempat membeli bunga untuk dihadiahkan kepada gurunya iaitu Wang bagi meraikan sambutan Hari Guru yang disambut pada setiap 10 September di China.

Namun, ketika berada dalam kelas matematik Ning Ning telah membuat 2 kesilapan ketika menyelesaikan soalan matematik. Guru tersebut Wang, bertindak menyuruh Ning Ning berdiri di atas podium, menarik telinganya, memukul kepalanya dan menampar tangannya.

Tidak mampu angkat kepala

- Advertisement -

Menurut saudara kembarnya Qian Qian, yang turut berada di dalam kelas yang sama, adiknya tidak mampu mengangkat kepala selepas didenda oleh gurunya.

Pada pukul 11 pagi, guru tersebut bertindak untuk menelefon nenek Ning Ning, dan meminta supaya Ning Ning dibawa pulang untuk berehat. Menurut neneknya, Yang Yuqing, semasa dia berjumpa dengan cucunya, Ning Ning sudah tidak mampu bercakap dan membuka kedua matanya.

Namun setelah tibanya di hospital nyawa Ning Ning tidak berjaya diselamatkan walaupun sudah menjalankan beberapa prosedur bagi menyelamatkan nyawanya. Menurut Yang Yuqing, Ning Ning pernah mengadu takut untuk memasuki kelas matematik tersebut kerana sikap gurunya yang suka memukul dan mendenda orang.

- Advertisement -

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL