spot_img

Tiga Beradik Yatim Piatu Hidup Sendirian Dan Makan Sekali Sehari

- Advertisement -

TIDAK ada ayah dan ibu, 3 orang adik-beradik yatim piatu ini berjuang sendiri demi bertahan hidup. Mereka membuat penyapu lidi dengan harga 1000 rupiah (30 sen) seikat sahaja agar dapat mencari sesuap makanan. Sementara itu, mereka cuma mampu membuat 20 ikat penyapu lidi sahaja.

Ini bererti dalam seminggu mereka cuma dapat mengumpulkan wang sebanyak 20,000 rupiah (RM5.80) sahaja. Jika kehabisan wang mereka akan menahan lapar bahkan mereka bertiga sudah biasa makan sekali sahaja dalam sehari dan berkongsi sepinggan bertiga.

Ayah mereka telah meninggal dunia sejak 2 tahun lalu dan ibu mereka pula telah meninggal dunia lebih dahulu daripada ayah mereka. Mereka 3 beradik ketika ini tinggal di sebuah rumah peninggalan orang tua mereka yang mula reput dan tidak layak ditinggal.

- Advertisement -

Anak sulung daripada 3 beradik ini bernama Fatmawati, anak kedua bernama Aeni dan adik bongsu mereka bernama Aizil. Beliau pergi sekolah setiap hari persekolahan dengan menggendong adiknya pergi ke sekolah kerana tiada orang yang dapat menjaga Aizil disebabkan Aeni juga pergi ke sekolah.

Rumah mereka berada di dalam hutan dengan jalan yang terjal, terkadang mereka terjatuh saat hendak mengambil daun bagi dijadikan penyapu lidi.

- Advertisement -

“Begitu pilu, saya sampai terdiam melihat keadaan 3 yatim piatu ini, tidak terbayang dengan keadaan mereka harus bertahan hidup sendiri, sedihnya mereka selalunya makan hanya sekali sehari, kerana itu saja kemampuan mereka.” kata penjaga Rumah Yatim.

Alhamdulillah, kesulitan hidup 3 beradik ini telah tular di media sosial dan akhirnya ada para sukarelawan bertindak pantas dengan mengumpul derma untuk mereka.

- Advertisement -

Dana tersebut sedang dikumpul di sebuah laman web online iaitu donasionline.id.

Sesiapa pun yang melihat nasib mereka bertiga pasti tidak akan sanggup membiarkan mereka bertiga hidup dalam keadaan sulit begini. Semoga mereka selamat daripada segala jenis kejahatan dan segera dipindahkan ke rumah kebajikan serta diurus dengan sebaiknya.

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL