spot_img

Tip Penting Sekiranya “Terpaksa” Memandu Redah Jalan Yang Dinaiki Air

- Advertisement -

KETIKA hujan ada setengah jalan akan dinaiki air. Kita pun redah saja kerana nampak air cetek dan kereta di hadapan mampu melepasinya.

Tapi bila dah melalui jalan tersebut kita jadi gelabah kerana rupanya paras air agak tinggi. Ini antara situasi biasa dilalui oleh pemandu ketika musim hujan.

Jika anda berada dalam keadaan ini, berikut adalah cara pemanduan yang perlu kita praktikkan.

- Advertisement -

1.Paling penting sebolehnya elak daripada redah banjir! Jangan fikir kereta di hadapan anda lepas, kereta anda juga boleh lepas. Lebih selamat berpatah balik.

2. Jika satu-satunya jalan keluar adalah dengan mengharungi jalan dinaiki air, pandu dengan perlahan-lahan pada gear rendah/gear 2 (dalam 20km/h) pada kelajuan yang tetap.

- Advertisement -

3. Jangan lepaskan minyak, teruskan revving engine kenderaan anda kerana air boleh masuk melalui ekzos dan kotak angin. Bagi kereta manual, jangan tukar-tukar gear ketika meredahi banjir dan bagi yang automatik kekalkan pada D atau lebih rendah.

4. Jangan panik dan jangan cuba memandu laju. Memandu laju dalam banjir boleh menyebabkan tayar hilang cengkaman dan boleh menyebabkan aquaplaning (tayar kenderaan berada atas air bukan atas jalan)

Kalau terjadi aquaplaning ini, pegang kuat dan kemas steering anda dan lepaskan pedal minyak sampai tayar grip semula di atas permukaan jalan.

- Advertisement -

5. Setelah berjaya mengharungi jalan yang banjir, uji brake dahulu. Mula-mula tekan brake sampai anda yakin brake berfungsi. Kemudian pegang stering dengan kuat dan tekan brake sedikit demi sedikit untuk beberapa kali bertujuan untuk mengeringkan brake.

6. Kalau kereta telah di kelilingi air anda gagal melepasi banjir, tinggalkan kereta cepat-cepat dan terus pergi ke tempat yang lebih tinggi. Selamatkan nyawa anda dulu daripada kereta.

Bahayanya jalan dinaiki air ini adalah kita tidak tahu berapa kedalaman air. Kereta berisiko dihanyutkan air jika paras air terlalu tinggi.

INFO

Air setinggi lebih kurang 6 inci sudah cukup untuk mencecah bawah kereta dan menyebabkan kereta hilang kawalan dan boleh terbalik!

Paras air sekaki (lebih kurang 30cm) sudah boleh terapungkan kereta kalau lebih lagi, kenderaan boleh hanyut.

Jalan-jalan yang ditenggelami air dianggap tidak boleh dilalui kereta sekiranya: Paras banjir sedalam 0.35m (14″) di permukaan jalan dan sekiranya paras banjir meningkat sedalam 0.76m (2’6″) di permukaan jalan ia tidak boleh dilalui semua kenderaan.

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL