spot_img

Aida Akur Jika Objek Ditemui Bukan Muntah Paus

- Advertisement -

CHUKAI – “Saya puas hati dan akur dengan keputusan itu,” kata Aida Zurina Long, selepas dimaklumkan objek ditemuinya ketika memancing dekat Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Marang pada akhir November lalu, tidak menunjukkan tanda-tanda ia adalah muntah paus.

Aida, 41, dari Kampung Kemasik menerima keputusan ujian yang dilakukan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) itu dengan hati terbuka dan tidak kecewa kerana dia sendiri pun tidak berani mengesahkan itu muntah paus yang asli, termasuk meletakkan harga objek berkenaan.

“Sebab itulah saya minta bantuan semua pihak dan buat kajian terlebih dahulu untuk mengesahkan ketulenannya,” katanya ketika dihubungi hari ini sambil menambah, dia mengetahui perkembangan kajian itu itu selepas membaca laporan portal petang ini dan berpuas hati dengan penjelasan yang diberi.

Aida Zurina Long bersama objek ditemuinya ketika memancing dekat Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Marang, akhir November lalu.
- Advertisement -

“Saya dan suami berterima kasih kepada UMT serta Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) Rantau Abang, Dungun yang sudi membantu kami melakukan ujian itu. Kalau boleh saya hendak lihat laporan keputusan hasil ujian dibuat UMT untuk simpanan pihak kami,” katanya.

Aida berkata, apa pun keputusan akhir kajian yang dilakukan, dia akan terus menyimpan objek berkenaan sebagai kenangan.

Terdahulu, UMT memaklumkan objek yang didakwa muntah ikan paus atau ‘ambergris’ itu kini di peringkat akhir gujian yang dijalankan universiti berkenaan.

- Advertisement -

Pengarah Pusat Perkhidmatan Penyelidikan dan Lapangan (PPPL) UMT, Profe Madya Dr Hasrizal Shaari, berkata pihaknya sudah melakukan ujian terhadap bahan berkenaan selama satu minggu bagi menentusahkan bahan berkenaan adalah muntah ikan paus atau bukan.

Katanya, kajian dijalankan bersama Institut Penyelidikan Perikanan Rantau Abang, Dungun, sudah melepasi beberapa peringkat dan setakat ini belum ada tanda-tanda bahan berkenaan adalah muntah ikan paus kerana tiada tiga bahan aktif utama yang terdapat pada ambergris tulen.

- Advertisement -

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL