spot_img

ATM Turun Bantu Mangsa Banjir Tanpa “Restu” Pihak Atasan

- Advertisement -

ANGKATAN Tentera Malaysia dilaporkan turun membantu memindahkan mangsa banjir ke pusat pemindahan tanpa menunggu sebarang arahan daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), lapor Free Malaysia Today. Menurut sumber, agensi yang kini dikritik keras oleh rakyat Malaysia disebabkan pengurusan banjir yang huru-hara dikatakan teragak-agak untuk menghantar anggota ATM ke kawasan yang terjejas akibat banjir.

Sumber Gambar: Harian Metro

“Ia sampai ke satu tahap, di mana kami (kementerian pertahanan) memutuskan, untuk tidak mempedulikan Nadma,” kata sumber itu kepada Free Malaysia Today. “Air banjir sudah meningkat, kami tidak mahu menunggu lagi.” Disebabkan itu, selepas solat Jumaat, ATM sudah bergerak ke lokasi kejadian bagi membantu mangsa-mangsa yang terjejas.

Pada petang Ahad, Menteri Kanan Pertahanan Hishammuddin Hussein menulis di Twitter bahawa beliau telah memberi taklimat kepada ketua staf Angkatan Tentera Mohd Zakaria Yadi mengenai situasi di Klang. Sumber itu berkata Mindef (kementerian pertahanan) juga “muak” dengan Nadma dan kerajaan Selangor.

Sumber Gambar: Harian Metro
- Advertisement -

Sumber itu turut berkata agensi itu “tidak tahu bagaimana untuk menangani krisis”, mendakwa bahawa tiada seorang pun dari Nadma atau kerajaan negeri Selangor yang memantau media sosial bagi mendapatkan gambaran sebenar dan mesej SOS daripada mangsa. Sumber itu berkata salah seorang dari Mindef “mengamuk” kepada kakitangan Nadma. Dan baru semalam agensi itu memanggil mesyuarat untuk menyelaraskan usaha bantuan, tambah sumber itu.

Sumber Gambar: Air Times

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

- Advertisement -

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL