spot_img

Lelaki Ini Guna Brabus G700 6×6 Untuk Hantar Bantuan Mangsa Banjir

- Advertisement -

HUJAN lebat yang turun membasahi Lembah Klang sejak Jumaat lalu telah menyebabkan banjir kilat di beberapa kawasan dan ada kawasan yang terputus hubungan kerana jalan dinaiki air.

Antara kawasan yang teruk terkesan dalam banjir kilat ini adalah Taman Sri Muda, Shah Alam di mana kenderaan biasa tidak dapat menyusuri jalan di sini. Justeru itu, sukarelawan yang mempunyai kenderaan pacuan empat roda ramai yang tampil menghulurkan bantuan di kawasan-kawasan ini.

Namun, perkongsian Nedim Nazri Aziz di Twitter menarik perhatian ramai apabila salah seorang sukarelawan yang datang membantu menggunakan jentera mewah Brabus G700 6×6 untuk menghantar bantuan kepada mangsa banjir.

- Advertisement -

“Bless my brother DS Sunny, simpan rumah bagi kilat buat apa, nah dia ni bawa masuk kawasan banjir, langgar longkang & transfer stranded victim lagi,” tulis Nedim.

Rata-rata netizen kagum dengan pemilik kenderaan itu yang tidak kisah menggunakan jentera bernilai jutaan ringgit itu demi misi kemanusiaan. Rata-rata netizen turut memuji pemilik kenderaan tersebut dan berkata kenderaan itu sememangnya dicipta untuk menghadapi situasi ‘off-road’ sebegini.

- Advertisement -

Berdasarkan laporan paultan.org, Harga seunit Brabus G700 6×6 ini adalah RM3.2 juta (tidak termasuk cukai) dan adalah sangat rare untuk melihat kenderaan ini di jalanan.

Pemilik kenderaan tersebut adalah DSS Sunny, salah seorang collector kereta di Malaysia. Beliau sebelum ini sering terlibat dengan acara amal dan memberikan bantuan serta menderma bukan sesuatu yang asing baginya.

Terima kasih kepada DSS Sunny dan para sukarelawan yang lain yang sanggup berkorban tenaga dan kenderaan dalam menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir secepat mungkin. Jasa anda semua pasti akan dikenang.

- Advertisement -

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL