Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 264

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 265
Pemilik Kereta Dedah Tektik Licik Longkai Curi Kereta Tersadai Akibat Banjir
spot_img

Pemilik Kereta Dedah Tektik Licik Longkai Curi Kereta Tersadai Akibat Banjir

- Advertisement -

KEJADIAN banjir yang berlaku baru-baru ini telah menyebabkan banyak kereta tersadai di jalan raya sekitar kawasan yang terjejas dan masih ada mangsa yang terpaksa membiarkan kenderaan mereka buat seketika buat masa ini.

Tatkala mangsa dalam kesempitan, ada pihak tidak bertanggungjawab telah mengambil kesempatan dengan menarik mana-mana kereta tersadai di jalan raya tanpa persetujuan pemilik kenderan tersebut.

- Advertisement -

Perkara itu didedahkan oleh seorang pengguna Instagram @wangi_by_cinta apabila dia nyaris menjadi salah seorang mangsa komplot ‘geng ulat bengkel’ atau longkai. Kronologi kejadian itu dimuat naik menerusi Instagram Story miliknya dan dikongsikan semula oleh pengguna Facebook lain.

- Advertisement -

Menurut pemilik kereta Honda City tersebut, geng ulat bengkel itu telah pun membawa naik ke atas lori mereka dan cuba membawa lari keretanya. Namun perbuatan mereka terbantut apabila kawan-kawan serta anak buah wanita tersebut berjaya menghalang daripada keretanya dibawa lari.

Lebih membuatkan wanita ini berasa sedih dan terkejut apabila geng ulat bengkel itu juga dipercayai telah mencabut nombor plat kerana pada pukul 3 petang sebelum itu dia masih perasan nombor plat masih ada lagi pada keretanya.

SUMBER GAMBAR: FACEBOOK NABILLA MUSA
SUMBER GAMBAR: FACEBOOK NABILLA MUSA

Walaupun pemilik Honda ini berjaya mendapatkan semula keretanya yang hampir di bawa lari oleh longkai, wanita tersebut meminta orang ramai yang masih lagi mempunyai kenderaan tersadai di jalan raya untuk membawa pulang dengan segera agar tidak menimpa nasib yang sama sepertinya.

- Advertisement -

Setakat artikel ini ditulis, hantaran Facebook itu telah mendapat lebih 13,000 kali perkongsian oleh netizen dan rata-rata orang ramai meminta pihak berkuasa segera mengambil tindakan terhadap ‘geng ulat bengkel’ yang mengambil kesempatan terhadap mangsa-mangsa dalam kesempitan.

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL