spot_img

Dr Zulkifli Jawab Isu Makan Masakan Gurdwara Yang Jadi Pertikaian Status Halal

- Advertisement -

SEJAK Sabtu yang lalu bencana banjir telah melanda Lembah Klang dan boleh dikatakan rakyat Malaysia bersatu padu menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Akan tetapi, usaha murni yang dilakukan komuniti Sikh dari Gurdwara Sahib Petaling Jaya (GSPJ) yang memfokuskan kepada penyediaan makanan percuma untuk mangsa banjir di sekitar kawasan Lembah Klang jadi pertikaian.

Mana tidaknya, ada segelintir individu yang meragui status halal makanan yang disediakan oleh mereka.

- Advertisement -

Difahamkan, masih ada individu yang berasa was-was walaupun makanan yang disediakan berasaskan vegetarian dan disediakan oleh ramai orang termasuk mereka yang beragama Islam.

- Advertisement -

Menjadi topik perdebatan ramai, mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri telah memberi penjelasan mengenai isu tersebut.

Menurutnya, perkara itu tidak menjadi masalah selagi ia tidak melibatkan haiwan sembelihan bukan Muslim. Tambahnya, perkara itu terpakai dalam isu agihan bantuan, atau rumah terbuka oleh mereka yang berlainan agama dan faham mengenai konsep halal.

- Advertisement -

Malah, Dr. Zulkifli juga akan hadir sebentar ke Gurdwara Sahib Petaling Jaya untuk menghantar sedikit sumbangan sebagai tanda sokongan di atas usaha murni mereka.

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL