spot_img

Banjir Di Malaysia Dapat Perhatian Media Antarabangsa, Anggap Sebagai Bencana Alam “Terburuk”

- Advertisement -

INI merupakan hari ketujuh beberapa tempat di Malaysia dilanda banjir. Bermula dengan hujan lebat pada hari Jumaat lepas, sehinggalah kejadian banjir di beberapa tempat di ibu kota. Kini ia seolah berjangkit apabila beberapa negeri di utara dan selatan Malaysia mula menghadapai situasi yang sama.

Difahamkan kini berpuluh ribu orang dipindahkan ke tempat pusat pemindahan sementara. Manakala berpuluh orang kehilangan nyawa. Sebahagian pakar mula meramalkan bahawa kejadian ini bakal menjadi episod ngeri bagi rakyat Malaysia. Ini kerana terdapat beberapa tempat yang tidak pernah dinaiki air dilanda dengan banjir buat pertama kali.

Kini nama Malaysia menjadi hangat diperkatakan oleh media-media antarabangsa, kebanyakan daripadanya melaporkan situasi semasa kejadian banjir yang menimpa Malaysia.

- Advertisement -

Melalui laporan CNA yang menemuramah seorang pakar, beliau berkata banjir yang berpunca daripada hujan lebat di banyak negeri di Semenanjung Malaysia mendedahkan realiti sebenar situasi perubahan iklim yang terjadi akibat daripada pelepasan karbon yang tinggi.

Menurut Dr Siew, penasihat Pusat Tadbir Urus dan Kajian Politik (Cent-GPS), firma yang berpangkalan di Malaysia, berkata monsun timur laut, yang berlaku di Malaysia antara November dan Mac, biasanya memberi kesan kepada pantai timur. Bagaimanapun, banjir tahun ini turut menjejaskan tempat lain di Malaysia seperti kawasan pantai barat.

- Advertisement -

Bagi Al Jazeera pula, agensi berita antarabangsa ini melaporkan bahawa situasi banjir di Malaysia adalah bencana alam yang terburuk pernah direkodkan untuk beberapa tahun sehingga meragut 27 nyawa. Tambah laporan itu lagi, lebih 70,000 orang kini hilang tempat tinggal disebabkan situasi banjir yang tidak menunjukkan tanda-tanda bakal surut dalam masa terdekat.

The Straits Times, media yang berpangkalan di Singapura pula melaporkan bahawa pengurusan bencana alam di Malaysia diakui sebagai cerminan pemerintahan yang lemah. Ini selepas Perdana Menteri Malaysia, Ismail Sabri akui bahawa terdapat “kelemahan” dalam pengurusan bencana banjir dengan tindak balas yang perlahan dari agensi kerajaan diwaktu-waktu sukar.

Menurut laporan itu lagi, pengkritik telah membidas kerajaan kerana tidak mengambil serius apabila air mula meningkat di beberapa tempat dengan mendadak. Tambah Nikkei Asia, kebanyakan rakyat Malaysia marah dengan cara kerajaan mengawal situasi ini sehingga menggelarnya sebagai “lembam” dan “gagal.”

- Advertisement -

Selain daripada itu, difahamkan juga kejadian banjir di Malaysia telah mendapat perhatian dunia sehingga beberapa media di Brazil, Turki, Jepun mahupun Amerika Syarikat membuat liputan mengenai situasi semasa.

Kini, terdapat beberapa negara sudah mula menghulurkan bantuan kepada Malaysia. Jiran kita, Singapura memberikan sumbangan sebanyak RM253,000 sebagai misi bantuan dan menyelamat. Negara bergolak Palestin pula bakal menghantar pasukan Bomba dan Penyelamat. Mereka berikrar akan membantu Malaysia dalam misi kemanusian terhadap mangsa banjir di negara ini.

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL