spot_img

Makcik Yang Tular Kena Tuduh Curi Barang MYDIN Tampil Dedah Cerita Sebenar

- Advertisement -

SHAH ALAM – Datuk Ameer Ali Mydin sebelum ini menghalalkan mereka yang mencuri barangan di cawangan Mydin Mart di Taman Sri Muda, Shah Alam, Selangor pada Sabtu berikutan banjir yang mengakibatkan syarikat itu menanggung kerugian berjuta ringgit.

Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad Mydin itu berkata, sejujurnya beliau tidak menyokong perbuatan mencuri tersebut namun keadaan darurat mungkin menyebabkan penduduk setempat tidak mempunyai pilihan dan terpaksa melakukan perbuatan tersebut demi kelangsungan hidup.

“Dengan seikhlas hati, saya menghalalkan mereka yang melakukan perbuatan tersebut dengan niat meneruskan kelangsungan hidup akibat bantuan yang tiba lambat dan bukan niat yang sebaliknya.”

Makcik Beritahu Cerita Sebenar

- Advertisement -

Seorang wanita di Taman Seri Muda, Seksyen 25, di sini meluahkan rasa terkilan apabila dituduh mencuri barang makanan di Pasaraya Mydin.

Wanita terbabit, Rohayati Salleh, 50an, menafikan sekeras-kerasnya bahawa dia menceroboh pasar raya itu untuk mencuri makanan seperti ditularkan di laman sosial termasuk aplikasi Tik Tok sejak Isnin.

Menurut Rohayati, dia kebetulan berada di hadapan Mydin ketika pasar raya berkenaan diceroboh dan lebih malang menjadi antara individu yang dirakam orang awam.

- Advertisement -

“Gambar saya masuk dalam media sosial tetapi saya bukan ambil barang dari Pasaraya Mydin, saya ada di lokasi selepas mendapatkan bekalan makanan dari badan bukan kerajaan NGO di luar,” katanya.

Rohayati merupakan antara mangsa banjir yang dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan SK Taman Seri Muda, Seksyen 25 yang ditemui pada Rabu.

Wanita itu menyedari gambarnya viral di media sosial pada Rabu dan berharap niat ikhlas membantu mangsa yang lain tidak disalah erti oleh netizen di laman sosial.

- Advertisement -

“Saya pegang makanan semasa gambar dirakam, apa yang saya ambil itu dari NGO kat luar untuk diagihkan kepada mangsa banjir di SK Taman Seri Muda ini.”

“Saya dan seorang lagi rakan adalah wakil dan kami cuma lalu di kawasan itu dan berada di atas bot Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada masa itu,” katanya lagi.

Rakaman yang tular

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL