SELEPAS menyelamatkan mangsa banjir di sekitar Selangor, seorang pemuda Azwan Omar atau lebih dikenali sebagai ‘Abang Viva Viral’ dikhabarkan bertolak ke Pahang pula bagi membantu mereka yang memerlukan.
Menerusi beberapa posting di laman Facebook, orang ramai mendakwa terlihat kelibat pemuda berusia 29 tahun tersebut memandu dengan membawa bot menggunakan Perodua Viva menuju ke negeri Darul Makmur itu.
Kemas kini terbaru, misi bantuan ke Pahang pula

Seorang individu, Adam Shah Mukhrizs turut mengesahkan perkara terbabit menerusi group Geng Viral Melaka selepas mendakwa telah menghubungi kakak Azwan yang mengatakan pemuda dari Melaka itu kini berada di Bera.
Lepas dia pulang melaka, kita akan buat ‘live’
Ada kat Bera, baru telefon kakak dia
Meninjau reaksi warganet di laman Twitter pula, ramai mengagumi sikap murni dan keprihatinannya menyumbang tenaga sehingga berjaya menyelamatkan nyawa puluhan mangsa yang terperangkap dalam kediaman.
Rata-rata menyifatkan pemuda yang bekerja sebagai operator mesin itu adalah hero sebenar, malah ada juga segelintir menggesa agar Azwan diangkat sebagai ikon atau diberi gelaran Datuk tanda penghargaan.
Tokoh Negarawan 2022
Siapakah Tokoh Negarawan Tahun 2022?
Encik Azwan Omar ✅ pic.twitter.com/JD3ctK7NmN
— Mr Beruang 🐻 (@IncikTeddy) December 23, 2021
Syabas atas khidmat anda!
Selayaknya diberi anugerah tokoh negarawan 2021. Tuan Azwan Omar
syabas atas khidmat anda membantu mangsa2 banjir.terbaik👍👍👍 pic.twitter.com/IFtY6sL6LQ— Ahli Syurga Fidaus (@CintaSunahNabi) December 23, 2021
Syurga tertinggi untuk brader!
Apa punya manusia la brader ni.
Malaikat ka tah?
Heii geram aku baca dekat no 3 tu dah buat aku geram nak bagi sumbangan dekat dia.
Moga syurga yg tertinggi untuk brader Azwan Omar! pic.twitter.com/5m9nl2wfhl— Noire Sieben (@Noire__7) December 23, 2021
Sejuk perut mak dia
Azwan omar “sejuk perut mak ko bang ngandungkan ko”. Untung ayah ko bang pic.twitter.com/NTk1wdOFo1
— kalam ulamak (@KalamUlamak) December 23, 2021
Terdahulu, kisah Azwan tular di media sosial apabila nekad membantu mangsa yang terjejas selepas memohon cuti kecemasan daripada majikan selain hanya mempunyai RM50 untuk ke Lembah Klang.
Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci
Terima kasih kerana sudi membaca!
Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: