spot_img

Suami Diserap Jadi Staf Tetap, Anak Dapat Tajaan Belajar

- Advertisement -

LELAKI yang kehilangan isteri dan lapan anaknya akibat kemalangan jalan raya di Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite), Sabtu lalu diserapkan sebagai kakitangan sepenuh masa SIRIM Berhad.

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, Abd Razak Majit yang terselamat dan mengalami kecederaan merupakan pengawal keselamatan kontrak sebelum ini.

“Pengurusan SIRIM bersetuju agar Encik Abdul Razak diserapkan sebagai kakitangan tetap berbanding sebagai pekerja kontrak SIRIM sebelum ini,” katanya ketika menziarah kediaman Abdul Razak di Kampung Padang Jawa, Shah Alam, semalam.

- Advertisement -

Azmin menjelaskan, satu-satunya anak Abd Razak yang masih hidup iaitu Haikal Faiz juga akan ditanggung sepenuhnya dalam perbelanjaan pendidikan oleh SIRIM dan MITI.

“SIRIM dan MITI akan menanggung sepenuhnya perbelanjaan pendidikan satu-satunya anak yang tidak terlibat dalam nahas itu, Haikal Faiz.”

- Advertisement -

“InsyaAllah, MITI akan terus memastikan kebajikan Encik Abdul Razak dan Haikal Faiz tidak akan diabaikan.”

Semoga komitmen SIRIM ini akan dapat membantu Haikal Faiz mencapai impiannya dan memudahkan urusan Encik Abdul Razak.

“Walaupun tidak berada di tempat mereka, tapi saya dapat merasai kesedihan dan kehilangan yang dialami dua beranak ini,” ujarnya.

- Advertisement -

Tambah Ahli Parlimen Gombak itu, beliau kagum dengan ketabahan dan ketahanan emosi Abd Razak apabila berdepan dugaan kehilangan sembilan orang tersayang apatah lagi kediamannya turut dinaiki air.

“Paling menyentuh perasaan saya apabila beliau memberitahu, walaupun perit untuknya menerima kenyataan yang berlaku tapi beliau reda dengan ujian Allah SWT dan berdoa supaya roh isteri serta anak-anaknya ditempatkan dalam kalangan orang beriman.”

“Haikal Faiz juga walaupun masih muda tetapi cukup kuat dan mampu menerima apa yang berlaku ini. Semoga Haikal Faiz dapat menjadi anak yang soleh dan berbakti kepada keluarga. Jangan pernah lupa untuk mendoakan arwah ibu dan adik beradiknya yang telah pergi bertemu Ilahi,” kongsinya.

Terdahulu, kereta Proton Wira dinaiki keluarga mereka mengalami kerosakan sebelum berhenti di tepi jalan namun dipercayai dilanggar sebuah treler.

Rakaman Azmin Ali melawat keluarga mangsa

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL