spot_img

Auto Pilot Tesla “Give Up” Kerana Jalan Sesak Dan Minta Pemandu Kawal Semula Kereta

- Advertisement -

SEBUT sahaja nama Tesla, automatik semua orang terbayang teknologi-teknologi canggih yang ada pada kereta-kereta tersebut. Salah satu teknologi canggih yang membuatkan orang ramai teruja ialah fungsi pemanduan sendiri atau auto-pilot.

Teknologi tersebut dipasang pada kereta-kereta tersebut bagi “mengambil alih” tugas pemandu untuk mengawal kereta semasa pemanduan. Namun perkara sebaliknya berlaku di Vietnam semasa fungsi auto-pilot diaktifkan.

- Advertisement -

Seorang pengguna Twitter telah berkongsi sebuah video menunjukkan sistem auto-pilot gagal berfungsi semasa menempuh kesesakan lalu-lintas di Vietnam. Lebih mencuit hati lagi, sistem tersebut seperti “give-up” dan minta pemandu mengambil alih semula kawalan kereta.

Video tersebut telah mendapat ribuan reaksi daripada pelbagai pengguna Twitter di seluruh dunia. Rata-rata ramai geli hati dan mahu pihak Tesla membuat pandu uji di beberapa buah negara Asia yang lain seperti India, Indonesia dan Malaysia.

- Advertisement -

Untuk makluman semua, fungsi auto-pilot yang ada pada kereta Tesla bukanlah sistem pemanduan sendiri sepenuhnya. Ia tidak direka untuk semua jenis keadaan pemanduan.

- Advertisement -

Terdapat sejumlah besar situasi yang tidak dirancang gagal diatasi oleh sistem auto-pilot. Jadi pemandu sentiasa perlu peka dalam apa jua situasi semasa mengaktifkan fungsi ini.

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL