Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 264

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 265
Pembangkang Gesa Kepimpinan SKMM Ditukar Kerana Cuba Tutup Mulut Pengkritik
spot_img

Pembangkang Gesa Kepimpinan SKMM Ditukar Kerana Cuba Tutup Mulut Pengkritik

- Advertisement -

PAKATAN HARAPAN (PH) menggesa pertukaran kepimpinan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kerana didakwa cuba menutup mulut pihak yang mengkritik pengendalian kerajaan terhadap banjir baru-baru ini.

Ini selepas SKMM gagal meminta Twitter untuk menghapuskan komen yang mengkritik tindakan kecemasan kerajaan terhadap banjir.

“Yang paling kami kesali adalah bagaimana SKMM diperalat pemerintah untuk menutup mulut rakyat, terutama apabila rakyat sedang tenat dan sengsara akibat banjir.”

- Advertisement -

“Kerajaan dan SKMM khususnya perlu diingatkan bahawa rakyat berhak bersuara terutama dalam isu yang paling menekan, sama ada isu kos sara hidup, bencana, mahupun kepincangan kepimpinan di Putrajaya.”

“Oleh itu kami menggesa agar Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif SKMM digugurkan segera,” kata majlis presiden gabungan itu dalam satu kenyataan.

- Advertisement -

Kenyataan itu ditandatangani oleh Presiden PKR Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Upko Madius Tangau.

Pengerusi SKMM ialah Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek (atas).

Pada hari Rabu, seorang pengguna Twitter berkata dia telah menerima e-mel daripada Twitter yang memaklumkan kepadanya tentang permintaan yang dibuat oleh SKMM kepada laman blog mikro itu untuk mengalih keluar catatan Twitternya.

- Advertisement -

“Demi kepentingan ketelusan, kami menulis untuk memaklumkan anda bahawa Twitter telah menerima permintaan daripada SKMM mengenai akaun Twitter anda yang mendakwa kandungan berikut melanggar undang-undang Malaysia.”

“Kami tidak mengambil sebarang tindakan ke atas kandungan yang dilaporkan pada masa ini akibat permintaan ini,” kata e-mel dari Twitter itu.

Berdasarkan e-mel itu, kandungan yang ingin dibuang oleh SKMM termasuk ciapan netizen mengkritik acara kutipan derma banjir yang melibatkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Rina Harun.

Kandungan lain yang menjadi pertikaian SKMM ialah ciapan yang mengkritik Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Noh Omar berhubung kenyataannya berhubung kelayakan mangsa banjir untuk menuntut bantuan kerajaan.

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL