spot_img

Perkara Yang Anda Perlu Tahu Supaya Tidak Kena Tipu Jika Kereta Terlibat Banjir

- Advertisement -

BANYAK pula bengkel dah start promo dia punya service. Tapi x letak harga. Tulis Ada promosi je.

Meh aku share sikit, mengikut pengalaman aku sebagai pelanggan tegar bengkel kereta, graduate Automotive, and Penulis. Semoga korang tak kene tipu. Ini cuma indication kasar, part2 yang penting, rate might varies mengikut lokasi. Aku bagi yang generic version je, pengguna MyVi or Saga dan sewaktu denganye. Pengguna continental boleh estimate 30% to 60% increase from indication:

A. ECU

Situasi 1 : Kalau ko Berjaya bukak battery ; keringkan dgn hair-dryer, lepas tu jemur, lepas tu balut pakai kain then simpan dalam beras 24 jam supaya menyerap lembapan. Then jemur lagi. Baru pasang.

- Advertisement -

Situasi 2 : Beli baru. Dalam RM 600 – RM 800

Kalau electric power stereng : ada ECU sendiri. So total ade 3 ECU termasuk TCU dalam kereta canggih mcm Lexus, Pegoet, Vios, Altis, Honda FD, Estima etc.

Cost, for generic version : >< RM 400

- Advertisement -

Cost, for BMW/Merc : RM 800

Manpower : RM 150

B. TCU

- Advertisement -

Pada kereta yang pakai electronic injection biasenye ada TCU, computer utk Gearbox. So ada ECU + TCU

Situasi 1 : Kalau ko Berjaya bukak battery ; keringkan dgn hair-dryer, lepas tu jemur, lepas tu balut pakai kain then simpan dalam beras supaya menyerap lembapan. Then jemur lagi. Baru pasang

Situasi 2 : Beli baru. Dalam >< RM 1200

C. Minyak gearbox + filter gear box ( KALAU GEAR BOX AUTO)

Buang then tukar baru. Minyak dgn Filter

Klu BMW, rumit sikit. Kene keluarkan bottom part yg mcm sarang semut tu, tembak pakai angin then jemur. F10, F30. Turun gearbox. Lepas tu termenung.

Cost, for generic version : RM 300 – RM500

Cost, for BMW/Merc : RM 400/litre

Manpower : RM 150

D. TEKAN Brek MASA NAK CRANK ENJIN

Takut clutch plate melekat dekat flywheel -sebab karat kene air. Buka spark-plug. Tukar baru

Cost, for generic version : RM 40 per plug

Cost, for BMW/Merc : RM 80 per plug

Manpower : –

E. Minyak enjin – buat visual insection

Kalau berlumpur, mcm milo or likat mcm ice-cream: Flush pakai thinner then tembak pakai air-pressure. Make sure Oil-Filter pun cabut.

Cost, for generic version : RM 80 – RM120 for 4 litre

Cost, for BMW/Merc : RM 250 – RM400 for 4 litre

Manpower : –

F. Tangki petrol (cuci)

Keringkan.

Cost, for generic version : RM 120 – RM 200

Cost, for BMW/Merc : ><RM 400

Manpower : –

G. Kepala soket & fuse

Tanggalkan semua kepala soket radio, fuse, keringkan pakai hairdryer

H. Cover and drive-chain

Tanggalkan semua cover head and drive chain. Kalau boleh bukak cover head sekali tembak valve.

I. Yang pakai rear-drive, or drive train or propeller:

Bukak unit differential gear and flush minyak grease dlm tu. Then replace grease baru.

J. Tayar

Same dengan unit tayar. Bukak bearing then tukar. Kalau x tukar pun takpe. Tapi lumpur2 banjir akan makan ko punye shaft sampai kereta berdengung dalam mase 3-4 bulan lagi.

Ini bikin untuk kasi kereta jalan sahaja yaa. Kalau mau setting you punya GPS, radio, configurate you punya absorber, autodrive mode, aircond etc. kasi tambah laa.

Kalau ko pakai Honda FD or Civic or sewaktu dengannye, tak payah laa ko redah. Air manifold intake dia duduk dekat bawah bumper. Once ko redah air, macam ko masukkan air dalam hidung ko. Dia terus sedut masuk injection unit. Standby RM3000.00

So estimation total cost utk repair:

Cost, for generic version : RM1800-RM5500 mengikut severity

Cost, for BMW/Merc : RM4000-RM12000 mengikut severity

Credit to: Towkay Shiawase Bkt Jalil, Roshahrillzall Jamian berkongsi sikit sebanyak pengalaman dia.

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL