spot_img

Ah Long Sasar Mangsa Banjir Rakyat Diminta Berhati Hati

- Advertisement -

SHAH ALAM – Kesengsaraan mangsa banjir di sekitar Lembah Klang yang kehilangan harta benda membuatkan golongan tersebut kini menjadi sasaran sindiket ah long yang memasang jerat memberikan pinjaman. Walaupun masih belum ada laporan rasmi dibuat, beberapa persatuan pengguna ada menerima maklumat daripada mangsa banjir bahawa mereka didekati konco-konco lintah darat tersebut yang turut turun padang kononnya mahu memberi bantuan. Jika tersilap langkah, jerat yang dipasang pasti akan mengena lebih-lebih lagi proses penyaluran bantuan kewangan dan barangan lambat tiba kepada mangsa-mangsa banjir.

Menyedari banyak belanja diperlukan untuk memulihkan kembali kehidupan termasuk membaiki kediaman yang musnah akibat bencana banjir, peminjam wang tak berlesen atau ah long dikhabarkan sudah mula mencucuk jarum agar penduduk yang terjejas menggunakan khidmat mereka.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

- Advertisement -

Itulah yang dapat diungkapkan tatkala melihat situasi dialami puluhan ribu mangsa banjir ketika ini.

Ada kawasan banjir di Selangor telah surut dan mangsa pulang membersihkan rumah. Banyak barang terpaksa dibuang kerana rosak teruk.

Bertambah berat dugaan apabila satu-satunya kereta dimiliki turut ditenggelami banjir.

- Advertisement -

Bagi negeri di pantai timur, masih ramai mangsa berlindung di pusat pemindahan kerana paras banjir melepasi bumbung rumah dan belum ada tanda mahu surut.

Mungkin perlu menunggu tiga atau empat hari lagi.

Mereka turut memikirkan kerugian dan cara mencari wang untuk membeli kelengkapan baharu kerana banyak barangan tidak dapat diselamatkan.

- Advertisement -

Tidak semua mangsa mempunyai simpanan mencukupi, malah ramai juga golongan B40 bergantung kepada gaji harian.

Ada mangsa tak sempat menyimpan wang kerana duit sedia ada telah diguna untuk menggantikan kelengkapan rumah selepas banjir sebegini pernah berlaku pada awal Januari lalu.

Kerugian berganda dalam tempoh setahun.

Bimbang jika ada yang buntu memikirkan soal itu sehingga mahu berjumpa ah long sebagai jalan pintas mendapatkan wang segera.

Sudah pasti apa sahaja syarat terutama kadar faedah tinggi ditawarkan ah long akan mereka turutkan.

Mangsa-mangsa banjir yang sangat memerlukan, janganlah malu untuk tampil memohon sumbangan.

Gunakan segala saluran yang ada termasuk memanfaatkan media sosial bagi meminta bantuan.

Ramai yang sedia menghulurkan pertolongan. Jika tidak dapat banyak, sedikit pun dapat meringankan beban.

Berjumpa dengan ah long hanya memerangkap diri sendiri dalam masalah hutang.

Merak Jalanan harap mangsa banjir tidak berbuat demikian. Yakin dan percayalah bahawa ALLAH Maha Mengetahui.

Semoga urusan mangsa-mangsa banjir dipermudahkan.

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL