Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 264

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 265
Mohon Insaf Atau Abang Viva Akan Lapor Kepada Polis
spot_img

Mohon Insaf Atau Abang Viva Akan Lapor Kepada Polis

- Advertisement -

PETALING JAYA – Pemuda berhati mulia dari Melaka dikenali Azwan Omar, 28, yang tular di media sosial ekoran tindakannya membantu mangsa banjir baru-baru ini meminta orang ramai agar tidak menjadi mangsa kepada pihak tidak bertanggungjawab yang menggunakan namanya untuk mengaut keuntungan.

Digelar ‘Abang Viva’ oleh kalangan netizen di dunia maya, Azwan turut meminta pihak berkenaan agar segera insaf atau berdepan sebarang bentuk tindakan undang-undang selepas ini.

“Sejujurnya, saya tidak mahu isu ini diperbesarkan dan saya juga telah mengulasnya di laman Facebook peribadi.”

- Advertisement -

“Saya harap pihak berkenaan insaf daripada melakukan perbuatan itu selepas ini.”

“Bagaimanapun, jika masih ada pihak lain yang melakukan perkara sama, saya akan buat laporan polis untuk membersihkan nama saya bagi menghalang aktiviti ini berlanjutan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

- Advertisement -

Terdahulu, Azwan memuat naik status di Facebook miliknya mengenai tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang meng­gunakan namanya untuk mengaut keuntungan.

Tegas beliau, dia tidak pernah menggunakan khidmat mana-mana individu untuk menjadi orang tengah, sama ada untuk mendapatkan bantuan bot ataupun atas tujuan lain.

Sebelum itu, kisah Azwan mula menjadi tular di media sosial selepas pemuda itu sanggup ‘mengusung’ bot persendiriannya menggunakan sebuah Perodua Viva untuk memberi bantuan kepada mangsa banjir di Selangor dan Pahang.

- Advertisement -

Tindakan itu kemudian mendapat perhatian ramai pihak, sehingga beliau ditawarkan pelbagai ganjaran termasuk sebuah kereta.

“Apa yang saya lakukan adalah ikhlas tanpa mengharapkan sebarang ganjaran.”

“Lagipun, saya masih belum mahu memikirkan soal tawaran atau ganjaran kerana keutamaan ketika ini adalah membantu mangsa-mangsa banjir.”

“Kita tolak tepi dahulu soal itu kerana saya hanya memikirkan soal misi memberi bantuan dan kata putus akan dibuat apabila saya sudah pulang ke Melaka kelak,” katanya.

Pemuda yang digelar ‘Wira Banjir’ juga memaklumkan, dia telah empat hari berada di Pahang bagi membantu mangsa banjir di sekitar kawasan Sungai Pahang dan masih belum menentukan destinasi bantuannya selepas ini.

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL