spot_img

Penemuan Bandar Purba Islam Lebih 1000 Tahun Ini Buat Para Penyelidik Pening

- Advertisement -

EUTOPHIA – Saintis baru-baru ini telah menemui Bandar Purba Islam yang berusia 1000 tahun. Ketika kerja-kerja penggalian dibuat, mereka terjumpa sesuatu yang buat mereka pening kepala.

Penduduk Harlaa, sebuah bandar kecil di timur Ethiopia, selalu mengesyaki terdapat sesuatu yang istimewa tentang bandar mereka.

Bukan setakat mereka saja pening, saintis pun naik pening. Selama bertahun-tahun, para petani telah menjumpai duit syiling China, tembikar lama, dan batu-batu bangunan begitu besar sehingga penduduk tempatan mengatakan bahawa hanya gergasi yang dapat memindahkannya.

- Advertisement -

Kini penggalian arkeologi selama dua tahun oleh pasukan dari Universiti Exeter, Addis Ababa, dan Leuven di Belgium telah mengesahkan beberapa sangkaan penduduk.

Para penyelidik telah menemui bukti sebuah bandar perdagangan purba yang hilang yang dikatakan berusia lebih 1000 tahun.

- Advertisement -

Kewujudan bandar tersebut dipercayai berkait dengan Teluk, Mesir, dan India, serta bandar-bandar Islam di seluruh Afrika.

Pasukan arkeologi menjumpai sisa-sisa yang kelihatan seperti masjid pada abad ke 12, sama seperti yang terdapat di Tanzania dan Somaliland, perhiasan, serta tembikar dari China dan Maldives. Mereka juga menjumpai syiling Mesir dari abad ke 13.

- Advertisement -

“Penemuan ini mengubah pemahaman kita terhadap perdagangan dan arkeologi di bahagian Ethiopia yang selama ini terabai.”

“Apa yang kami temui menunjukkan kawasan ini merupakan pusat perdagangan di rantau ini. Kota ini begitu kaya, menjadi pusat kosmopolitan untuk pembuatan perhiasan,” kata Timothy Insoll dari Institut Pengajian Arab dan Islam di University of Exeter.

Kerajaan Harla adalah abad ke 6 Harla negeri berpusat di timur sekarang Ethiopia. Kerajaan memiliki hubungan perdagangan dengan Ayyubid dan Tang dinasti. Ia juga menetapkan mata wang dan kalendarnya sendiri.

Penyelidikan arkeologi kecil telah dilakukan di tapak-tapak Islam di negara ini. Penyelidik yang membuat penyelidikan di rantau ini biasanya memfokuskan mencari bukti tentang manusia awal.

Artifak akan disimpan dan dipamerkan di pusat warisan tempatan di Harlaa. Ahli arkeologi merancang satu lagi penggalian besar pada masa depan, memfokuskan penggalian mereka lebih jauh di bawah tanah dan ke tapak dalam jarak 100 kilometer kira-kira 60 batu.

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL