spot_img

Pihak Polis Jelaskan Isu Ambulans Didakwa Terpaksa Berhenti Beri Laluan Pada Konvoi VIP

- Advertisement -

SEMALAM tular sebuah video memaparkan ambulans terpaksa menunggu ‘giliran’ dengan memberi laluan kepada kereta VIP beserta pengiring kenderaan tersebut walaupun siren ambulans masih berbunyi.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai dan rata-rata netizen berasa terkejut kerana tidak memberikan laluan terlebih dahulu kepada ambulans yang sewajarnya diutamakan.

- Advertisement -

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku ketika rombongan Perdana Menteri Malaysia ke Hulu Langat untuk meninjau kerja-kerja pembersihan dilakukan pelbagai agensi untuk membantu mangsa banjir.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Selangor (JSPT), Supt. Azman Shari’at mengesahkan video tersebut dan mengatakan penilaian awal telah dibuat sebelum memberhentikan kenderaan tersebut dalam tempoh yang singkat.

- Advertisement -

Malah, semua pegawai dan anggota JSPT sentiasa diarahkan memberi keutamaan kepada kenderaan kecemasan seperti membawa pesakit. Tambahnya, keutamaan diberikan kepada konvoi di jalan utama adalah mengelakkan risiko kemalangan dan laluan diberikan kepada ambulans selepas konvoi selesai.

Terdahulu,

Ambulans terpaksa berhenti kerana beri laluan VIP, ramai luah rasa kecewa

- Advertisement -

Ambulans terpaksa berhenti kerana beri laluan VIP, ramai luah rasa kecewa.Pengguna laman sosial di Twitter semalam berang selepas sebuah video yang dikongsikan @syzwnrose menyaksikan sebuah ambulans perlu berhenti bagi memberikan laluan kepada kenderaan yang dipercayai orang kenamaan (VIP).

Menjengah ke ruangan komen, warganet yang menggunakan nama @HusbandNakal berkata, perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana pesakit di dalam ambulans itu sudah tentu memerlukan rawatan dengan kadar segera.

“Orang dalam ambulans ‘nenong’ siren minta nyawa, agak-agaklah. Bagilah ambulans jalan dulu selepas itu hentikan semula trafik, tak gitu.”

“Kalau tak nak menyusahkan rakyat, naiklah helikopter, puak-puak menyusahkan semua orang. Inilah punca lagi rakyat marah dan tak mau derma tabung kerajaan,” ujarnya.

Seorang lagi warganet yang menggunakan nama @kecaman turut menyifatkan kejadian tersebut sebagai satu perkara yang melampau apabila ambulans yang perlu memberi laluan kepada VIP.

“Ini melampaulah kalau macam ini.. ambulans pula kena tunggu kau (VIP) punya konvoi. Tak apa, sebab bukan keturunan kau kan yang ditimpa musibah.”

“Allah Maha Adil.. sekarang masih masih bernyawa bole lah tunjuk kuasa.. alam barzah kita lain nasib di sana.. Semoga berjaya,” katanya.

“Ambulan kalau kosong..tak ada bagi lampu dan siren ‘nenong’, ambulans atas itu siap pasang lampu besar..siap bagi hon..abam (abang) polis buat tak tahu saja..sudah habis konvoi baru bagi jalan..Oh Malaysiaku,” ujar @HusbandNakal.

“Nyawa boleh tunggu, VIP jalan dulu. Ambulans yang membuka siren kecemasan ditahan, terpaksa beri laluan kepada konvoi YB Bera. Lokasi: Hulu Langat, Selangor.”

Jika difikirkan, apabila ambulans lalu dengan siren berbunyi, memang jadi kewajipan kita berikan laluan. Apatah lagi, jika ambulans tersebut kemungkinan sedang membawa pesakit kritikal untuk rawatan segera.

Namun, meletakkan 100 peratus kesalahan kepada konvoi Perdana Menteri pun semacam tidak adil kerana beliau cuma individu yang terlibat program dirancang, dan bukan pihak yang menguruskan konvoi. Apapun, mungkin ada penjelasan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung isu tular tersebut.

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL