spot_img

Tindakan Lelaki Ini Membina Rumah Rakit Diketawakan Berjaya Selamatkan Keseluruhan Barangan

- Advertisement -

TERNYATA tindakan lelaki ini membina rumah rakit tidak sia-sia apabila rumah yang dibina pada Mei lalu berjaya menyelamatkan keseluruhan barangan dan peralatan rumahnya.

Jelas Aziela Baharudin, walaupun ada yang tertawakan usaha abangnya membina rumah rakit di atas darat, namun usaha tetap diteruskan.

Nyata hasilnya cukup sempurna di kala banjir melanda.

- Advertisement -

Bina Rumah Rakit

“Tak sia-sia anak jantan mok buat

Bernas gok idea die

- Advertisement -

Banjir melanda rumah rakit ada

Tak banjir dia duduk atas darat

Tempat lepak2 buat bbq dan steambot

- Advertisement -

Banjir dia terapung atas air

Tempat letak peti ais, mesin basuh tilam bagai,” kata Aziela.

Bina Rumah Rakit

“Pada awal Januari 2021, banjir paling besar pernah berlaku di kampung. Banjir kali ni air naik mendadak, memang tak sempat nak selamatkan kebanyakan barang. Peti ais berenang-renang kat luar rumah, kitorang satu ‘family’ hanya mampu tengok dan gelak je. Redha..

“Abang saya ‘fedup’ asyik kena angkut ke hulu ke hilir barang-barang elektrik dan barang bengkel dia ke tempat yang selamat . Belum kira pakaian, tilam,bantal. Memang banyak barang.

“Jadi awal bulan Mei 2021 abang saya ‘start’ projek rumah rakit. Walaupun kena gelak sebab buat rumah rakit atas darat , dia lantakkan aje 🤣🤣

Bina Rumah Rakit

“Tak sangka Disember 2021, banjir sekali lagi. Jadi boleh ‘test drive’ rumah rakit. Barang-barang dari rumah semua angkat letak di rumah rakit. Alhamdulillah terapung elok . Peralatan elektrik selamat,mesin-mesin dia pun selamat. Banjir ni dah jadi macam acara tahunan pulak di kampung ni,” katanya.

Lokasi : Kampung Seberang Jelai, Padang Tengku, Kuala Lipis.”

Bina Rumah Rakit

Bina Rumah Rakit

Sumber : Aziela Baharudin

Dari meja admin: Lepas ni nak standby 1 kontenalah buat macam ni juga. Agak-agak musim hujan dan banjir dapat selamatkan dokumen penting dan barangan elektrik dulu. hehe

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL