spot_img

Kenali Nurul Azurin Mazlan Goalkeeper Wanita Pertama Negara Beraksi Di Liga Luar Negara

- Advertisement -

BOLA sepak adalah antara sukan paling popular di dunia dan juga di Malaysia.

Bola sepak juga bukan terhad untuk kaum lelaki sahaja, malah kini kaum wanita juga ambil bahagian dalam sukan ini.

Terbaru, penjaga gol bola sepak wanita kebangsaan, Nurul Azurin Mazlan telah menarik perhatian orang ramai.

Nurul Azurin Mazlan.
- Advertisement -

Nurul Azurin juga dipuji kerana dia telah buktikan tutup aurat bukanlah penghalang untuk menceburi dalam bidang sukan.

Bukan itu sahaja, gadis berusia 21 tahun ini juga merupakan salah seorang pemain yang menutup aurat dalam pasukan kebangsaan, ‘Malayan Tigress’ selain pemain tengah wanita negara, Lyana Soberi.

Berkelana ke India dalam usaha mencari pengalaman baru

- Advertisement -

Penjaga gol yang berasal dari Shah Alam, Selangor ini tekad untuk mengejar cita-citanya untuk mencari pengalaman yang berharga di luar negara dengan beraksi bersama pasukan barunya, Misaka United FC.

Malah, Nurul Azurin tidak menunggu lama untuk membuat penampilan penuh apabila dia diberi kepercayaan penuh oleh jurulatih pasukannya untuk beraksi dalam kesebelasan utama.

Dalam pada itu, Nurul Azurin juga merupakan pemain import pertama wanita yang beraksi dalam saingan liga India (Karnataka Women’s League).

Berjaya melakukan ‘saves’ penting dan mematahkan beberapa cubaan daripada pihak lawan untuk menjaringkan gol

- Advertisement -

Menurut laman Instagram Misaka United FC, pada minit ke-48 permainan, Azurin berjaya melakukan satu ‘saves‘ penting untuk memastikan kedudukan jaringan 3-0.

Malah, ianya debut pertama yang bermakna buat Nurul Azurin selepas berjaya membantu pasukannya untuk menewaskan Bengalaru Braves 4-0 dalam saingan Karnataka Women’s League yang berlangsung baru-baru ini.

Sebagai rekod, Karnataka Women’s League adalah divisyen utama liga bola sepak wanita di wilayah Kartanaka. Ia adalah saingan berasingan dan berada di bawah pertandingan elit bola sepak di India, iaitu India Womens’ League.

Kewujudan kelab bola sepak seperti Misaka United FC dan pecahan liga bawahan seperti Karnataka Womens’ League walaupun bertaraf amatur membuktikan India memiliki struktur bola sepak tersendiri khusus untuk golongan wanita.

Dalam masa yang sama, Nurul Azurin akan beraksi di India selama dua bulan sahaja kerana liga berkenaan hanya berlangsung sepanjang tempoh itu.

Profil:

Nama penuh: Nurul Azurin Mazlan

Asal: Shah Alam, Selangor

Tarikh Lahir: 27 Januari 2000

Adik beradik: Anak ketiga daripada empat adik-beradik

Sekolah: Sekolah Sukan Malaysia Sabah

Posisi: Penjaga Gol

Kelab Kegemaran: Barcelona

Pemain Idola: Marc-André ter Stegen (penjaga gol Barcelona)

Apa pun, selamat maju jaya buat Nurul Azurin! Semoga dapat menimba pengalaman yang berharga di sana.

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL