spot_img

Polis Bakal Siasat Majlis Kahwin Pasangan Selebriti Didakwa Langgar SOP

- Advertisement -

SEDIA maklum, penularan wabak COVID-19 masih belum berjaya dibendung dan anda masih boleh dijangkiti walaupun telah lengkap vaksinasi. Malah, ketika ini rakyat Malaysia masih perlu mematuhi SOP yang telah ditetapkan kerajaan bagi mengawal penularan wabak tersebut.

Terbaharu, tular video pendek di majlis perkahwinan pasangan selebriti terkenal tanah air di Genting Highlands yang tidak mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4. Video tersebut telah mendapat perhatian ramai kerana majlis itu telah melanggar SOP yang telah ditetapkan.

Oleh itu, Supritendan Zaiham Mohd Kahar iaitu Ketua Polis Daerah Bentong dalam satu kenyataan hari ini mengatakan pihak polis akan mengesan kesemua individu yang hadir dalam majlis perkahwinan yang berlangsung di vila tersebut.

- Advertisement -

Hasil siasatan pihak polis mendapati majlis itu berlangsung pada 15 Disember lalu. Dapat dilihat melalui video tersebut, pasangan pengantin dan tetamu tidak memakai pelitup muka sekaligus telah melanggar SOP yang telah ditetapkan.

Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) telah membuka kertas siasatan susulan video tular itu dan kes disiasat di bawah Perkara 17 Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPPB) 2021.

- Advertisement -

Malah, orang awam diminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi berkait insiden berkenaan dan terus mematuhi SOP yang ditetapka Majlis Keselamatan Negara (MKN).

- Advertisement -

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL