spot_img

Rakaman Budak Nyaris Dilanggar, Ibu Bapa Dikecam Abai Anak

- Advertisement -

PADA hujung tahun ini, kita dapat lihat semakin ramai orang mengambil peluang membawa ahli keluarga bercuti ke tempat-tempat percutian setelah hampir dua tahun terkurung bagi mengelakkan penularan virus COVID-19 di kawasan tempat awam.

Baru-baru ini tular satu rakaman dashcam seorang kanak-kanak lelaki nyaris dilanggar oleh kenderaan awam apabila dia melintasi jalan raya tanpa sebarang pengawasan orang dewasa berhampirannya. Video diakhir artikel ini.

Rakaman kejadian yang berlaku di kawasan percutian Pantai Puteri Melaka pada hujung minggu lalu itu telah mengundang perhatian netizen yang terkejut dan pada masa yang sama marah kepada kedua ibu bapa kanak-kanak lelaki terbabit kerana mengabaikan keselamatan anak mereka.

- Advertisement -

Orang ramai turut menyatakan nasib baik pemandu kereta itu berjaga-jaga dan cekap dapat memberhentikan kenderaan dengan membrek kecemasan bagi mengelakkan dia melanggar budak lelaki tersebut.

Tambah netizen lagi, sepatutnya penjaga kepada kanak-kanak itu sentiasa berwaspada dan memerhati tindak-tanduk anaknya bagi mengelakkan insiden yang tidak diingini berlaku sehingga menyusahkan pelbagai pihak.

Semoga rakaman dashcam ini dapat menjadi pengajaran kepada ibu bapa yang masih mempunyai anak-anak kecil supaya selalu berdamping berhampiran mereka agar situasi buruk tidak berlaku lebih-lebih di kawasan sesak jadi tumpuan orang ramai ketika waktu cuti seperti sekarang.

Rakaman yang tular

- Advertisement -

Reaksi beberapa warga maya

SUMBER GAMBAR: FACEBOOK DASHCAM OWNERS MALAYSIA
SUMBER GAMBAR: FACEBOOK DASHCAM OWNERS MALAYSIA
SUMBER GAMBAR: FACEBOOK DASHCAM OWNERS MALAYSIA

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

- Advertisement -

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL