Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 264

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 265
Rider Terima Pesanan Dari Jirat Cina Tetapi Terkedu Bila Sampai Kawasan Kuburan
spot_img

Rider Terima Pesanan Dari Jirat Cina Tetapi Terkedu Bila Sampai Kawasan Kuburan

- Advertisement -

TUGAS sebagai seorang rider atau penghantar makanan sememangnya menuntut kesabaran yang tinggi terutama ketika berhadapan dengan kerenah pelanggan.

1001 kisah pernah diceritakan oleh mereka yang bergelar penghantar makanan, di mana adakalanya tular di media sosial.

Terbaru, seorang lelaki yang bekerja sebagai rider berkongsi pengalaman yang sukar dilupakan.

- Advertisement -

“Sepuluh kali saya menghubungi nombor telefon pelanggan misteri itu tetapi tiada siapa yang jawab,”.

Demikian kata-kata seorang penghantar makanan, Muhammad Khuzaimie Lemat yang menarik perhatian ramai.

Perkongsian Muhammad Khuzaimie, 23, di aplikasi TikTok miliknya mengenai pelanggan yang memesan makanan di kawasan jirat cina di Sungai Putat, Melaka, mendapat perhatian warganet.

- Advertisement -

Video berdurasi 59 saat itu menunjukkan Muhammad Khuzaimie berdiri keseorangan di lokasi perkuburan berkenaan sambil menunggu pelanggan.

Yakin pesanan dibuat oleh pelanggan yang sengaja bergurau.

Berkongsi lanjut, Muhammad Khuzaimie yang sudah setahun menjadi penghantar makanan di sekitar Melaka berkata, dia yakin pesanan itu dibuat oleh pelanggan yang sengaja membuat gurauan memandangkan kaedah pembayarannya ialah bayar selepas terima atau ‘cash on delivery’ (COD).

Katanya, pelanggan yang tidak bertanggungjawab itu menempah nasi goreng USA, nasi goreng ayam, teh o ais dan sirap ais.

- Advertisement -

“Kejadian itu berlaku kira-kira 6 petang. Saya menunggu hampir 40 minit dan sempat membuat kandungan video mengenai kejadian itu kerana terlalu marah.”

“Pada mulanya, saya meneka itu pesanan daripada penggali kubur tetapi tiada seorang manusia pun yang menunggu di situ,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, perkongsian di media sosial miliknya itu juga bertujuan bagi membuka mata masyarakat mengenai cabaran yang perlu dilalui penghantar makanan sepertinya.

“Sudah lebih 10 kali saya terkena dengan ‘prank order’ seperti ini dan jumlah paling tinggi syarikat alami kerugian adalah sebanyak RM120.”

“Kejadian seperti tempoh hari lalu merugikan masa dan tenaga saya. Mujur, pesanan itu dibuat pada siang hari dan bukannya pada waktu malam,” katanya.

Katanya, taktik itu juga kemungkinan digunakan penjenayah untuk menyamun ‘rider’ yang kebiasaannya mempunyai sekurang-kurangnya RM100 dalam tangan.

“Pada hari itu, saya takut juga, bukan takut hantu tapi penyamun. Kita tidak tahu siapa yang memesan makanan dan saranan saya berhati-hatilah.”

“Bukan saja perlu berhati-hati ketika memandu tetapi juga ketika berjumpa dan berhubung dengan pelanggan,” katanya.

Muhammad Khuzaimie berkata, selepas tidak dapat menghubungi pelanggan itu dia kemudian memaklumkan masalah yang dihadapinya kepada pihak khidmat pelanggan untuk tindakan selanjutnya.

Rakaman yang tular

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL