spot_img

Kisah Keluarga Thailand Ambil Alih Tesco Ganti Lotus

- Advertisement -

KALAU ada yang tak pernah dengar nama Lotus, mesti pernah kenal nama Tesco kan? Sebenarnya, Tesco telah diambil oleh dan ditukar jenamanya kepada Lotus.

Seorang pengguna Facebook bernama Faridzul Asyraf Mat Arifin berkongsi tentang kisah pindah milik Tesco ini. Jom kita ikut.

KISAH KELUARGA THAILAND AMBIL ALIH TESCO

Sekarang ni dah tiada “Tesco”. Bangunan masih ada, cuma brand sudah tertukar. Bagi yang tak tahu lagi, Tesco Thailand dan juga Tesco Malaysia telah dibeli oleh Charoen Pokphand Group (CP) daripada British.

- Advertisement -

Kesemua 60 Tesco di Malaysia dan Thailand dibeli dengan harga lebih 10 billion.

CP Group ni satu konglomerat dimiliki oleh keluarga Chearavanont yang sehingga kini dah 100 tahun beroperasi dah memiliki berpuluh syarikat di serata dunia.

4 daripadanya dah listed. Boleh bayangkan betapa besar keluarga ini.

- Advertisement -

Forbes senaraikan keluarga ini antara terkaya di dunia.

Ia bermula sejak tahun 1920 apabila 2 adik beradik Chia Ek Chor dan Chia Seow Hui meninggalkan tanah besar China untuk ke Bangkok. Mereka mula menjual biji benih dan baja.

Walapun hampir 40 tahun buat bisnes baru mencapai revenue sejuta setahun tapi sekarang keluarga ini antara terkaya di dunia dengan pendapatan 63 billion. Sekarang perusahan ini diuruskan oleh anak mereka.

- Advertisement -

Nak cerita pasal keluarga ni panjang, bisnes mereka semua ada daripada makanan, pembinaan, telekomunikasi, pengangkutan, insuran. Semua adalah. Cuma post ni kita focus kepada retail.

Selain Lotus, CP juga memiliki beberapa retail lain seperti 7-eleven dan juga Mikro Siam. Kiranya pembelian Tesco ini akan membesarkan lagi kuasa manopoli mereka dalam bidang retail.

Tapi jangan pula korang assume Tesco nak bankrupt dengan jual pegangan mereka kepada CP. Tesco tu sendiri brand besar dan ini strategi biasa syarikat besar dalam memberi focus apa yang boleh generate keuntungan di kemudian hari.

Family Business tak bagus?

Actually ada dakyah popular terutama di kalangan masyarakat Melayu “kalau nak buat bisnes, janganlah buat bisnes dengan keluarga, porak peranda keluarga”.

Adalah betul tapi tak semua tepat. Buat bisnes dengan family ni banyak yang tak jadi sebab pemikiran ahli keluarga tak sama.

Biasanya kes, ada abang kakak kerja government, boleh buat loan, adik buat kerja dan bila nampak goyah sikit terus yang itu kata ini, yang ini kata itu. Itu kebanyakannya tak jadi.

Start bisnes dengan loan pun dah salah dah.

Nak buat family business semua kena ada mentaliti businessman. Tak boleh ada yang family member yang ada, ada yang tak ada. Kalau jadi macam ni, memang terkuburlah family business tu.

Semoga bermanfaat.

Dari Facebook Faridzul Asyraf Mat Arifin:

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL