spot_img

Upah RM30K Bantu Long Tiger Lari Ke Negara Jiran

- Advertisement -

JOHOR BAHRU – Penjenayah paling dikehendaki berketurunan Rohingya, Long Tiger dikatakan memberi upah yang lumayan kepada tiga individu sebagai balasan membantunya untuk melo­loskan diri ke negara jiran sama ada Indonesia atau Thailand.

Long Tiger atau nama sebenarnya, Abdul Hamim Ab. Hamid, 32, dikatakan menawarkan upah antara RM20,000 hingga RM30,000 untuk membawanya ke utara tanah air melalui jalan darat dengan menaiki kereta.

Bagaimanapun, polis masih menyiasat jumlah sebenar upah yang diberikan itu.

- Advertisement -

Difahamkan, Long Tiger mengarahkan mereka menggunakan jalan dalam dan bukannya lebuh raya untuk mengelakkan dirinya dikesan lebih awal.

Sebaik meloloskan diri dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak dekat sini pada 15 Disember lalu, dia telah bertemu beberapa individu bagi mencari bantuan membawanya ke lokasi selamat sebelum menjadikan rumah kenalannya di Kuala Ketil, Sungai Petani Kedah untuk bersembunyi.

Rumah itu didiami seorang lelaki berpewatakan wanita. Pihak berkuasa dikatakan telah berjaya mengesan kedudukan Long Tiger beberapa hari sebelum menahannya.

TIGA lagi individu termasuk seorang lelaki berperwatakan wanita yang bersekongkol melindungi Long Tiger turut dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan perintah tahanan reman semalam.
- Advertisement -

Ketika operasi, Long Tiger cuba melarikan diri dengan memanjat bumbung, namun tergelincir dan jatuh di lantai dapur rumah.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, rumah itu dijadikan transit sebelum suspek menunggu masa sesuai untuk menyusup ke negara jiran.

Katanya, polis yang menerima maklumat kemudian telah melakukan serbuan dan menahannya pada pukul 3.15 petang kelmarin iaitu 13 hari selepas dia meloloskan diri.

- Advertisement -

“Kita turut menahan seorang lelaki berusia 46 tahun di Kuala Ketil. Dia berkenalan dengan Long Tiger melalui Facebook sejak tahun lalu.”

“Di rumah itu, Long Tiger merancang untuk melarikan diri sama ada ke Indonesia atau Thailand,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

AYOB KHAN (kiri) pada sidang akhbar di Johor Bahru semalam.

Semalam Akhbar Tempatan melaporkan Long Tiger diberkas selepas 13 hari dia meloloskan diri dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak dekat sini dalam satu operasi khas.

Dia ditahan untuk dibicarakan mengikut Seksyen 388 Kanun Keseksaan iaitu pemerasan. Dia juga disiasat di atas beberapa jenayah lain termasuk rogol.

Menurut Ayob Khan, hasil soal siasat, polis telah menahan dua lelaki berusia 36 dan 38 tahun dalam operasi antara pukul 7.25 malam hingga 3 pagi semalam di Yong Peng, Batu Pahat.

“Mereka membantu Long Tiger dengan memotong gari selain membeli kad sim sebelum Long Tiger lari ke Kedah,” katanya.

Ujar Ayob Khan, terdapat individu yang membantu Long Tiger sama ada membeli kad sim, potong gari dan bawa pergi dari Tangkak, Batu Pahat dan utara.

Terdapat kemungkinan mereka menggunakan jalan dalam dan bukannya lebuh raya untuk mengelak daripada dikesan.

Terdahulu, keempat-empat mereka termasuk Long Tiger dibawa ke Mahkamah Majistret Tangkak untuk mendapatkan perintah reman selama empat hari sehingga 1 Januari depan.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Analia Kamaruddin bagi siasatan mengikut Seksyen 223/224 Kanun Keseksaan iaitu lari dari tahanan, manakala tiga individu terbabit disiasat di bawah Seksyen 216 kanun sama iaitu melindungi tahanan lolos.

Baru-baru ini, polis menahan sepasang suami isteri berusia 41 dan 43 tahun disyaki rakan subahat kepada Long Tiger di Balai Polis Bukit Gambir, kira-kira 12.30 tengah malam.

Dua daripada empat anggota polis yang ditahan sebelum ini terlibat secara langsung dengan aspek kecuaian sehingga Long Tiger meloloskan diri, kini ditahan kerja sehingga habis proses rayuan sebelum tindakan selanjutnya diambil.

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL