Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 264

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 265
KJ Dedah Punca Sebenar Jemaah Umrah "Naik Angin" Tunggu 5 Jam Di KLIA
spot_img

KJ Dedah Punca Sebenar Jemaah Umrah “Naik Angin” Tunggu 5 Jam Di KLIA

- Advertisement -

RAKAMAN memaparkan jemaah umrah yang tidak berpuas hati kerana terpaksa menunggu lebih lima jam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tular pada Rabu lalu.

Ia sekaligus menimbulkan pertanyaan netizen mengenai kejadian sebenar yang berlaku.

Pada Khamis, Menteri Kesihatan, Khairy Jalamuddin Abu Bakar berkata, kekurangan kaunter untuk proses pemakaian peranti pengesanan digital pada waktu itu menjadi punca kira-kira 500 jemaah umrah terpaksa menunggu lama di KLIA.

- Advertisement -

Ujar Khairy, selepas melihat perkara tersebut, beliau membuat keputusan untuk mengeluarkan jemaah tersebut dan mewajibkan mereka memakai gelang pink.

“Dan saya telah maklumkan sehingga syarikat yang mengendalikan (peranti pengesanan digitial) tidak dapat buat (kaunter) dengan cepat, kita masih lagi akan guna gelang pink.”

“Tetapi saya difahamkan hari ini atau esok, mereka akan tambahkan kaunter, jadi tidak akan ada masalah,” katanya.

- Advertisement -

Mengulas lanjut, Khairy Jamaluddin berkata, pemakaian peranti pengesanan digital kepada jemaah yang pulang daripada Arab Saudi itu amat penting kerana kebanyakkan kes Covid-19 di negara ini yang melibatkan varian Omicron adalah daripada Makkah.

Justeru itu, menurutnya, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terpaksa mengambil langkah berhati-hati bagi memastikan kes Covid-19 varian Omicron di negara ini tidak meningkat.

- Advertisement -

“Kita purata setiap hari ada 1,000 orang yang balik daripada Arab Saudi.”

Beberapa sekatan baru mungkin akan diumumkan jika situasi kes Omicron dalam negara bertambah buruk.

“Kebanyakkan kes import Omicron di Malaysia yang kita dah ‘sample’ (kaji) adalah dari mereka yang pulang dari umrah.”

“Sekarang ini saya difahamkan Arab Saudi pun sudah keluarkan kenyataan di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, mereka akan jarakkan semula saf,” ujarnya.

Sementara itu, beliau berkata, beberapa sekatan baru mungkin akan diumumkan olehnya jika situasi kes Omicron dalam negara bertambah buruk.

Katanya, ia berikutan kadar kebolehjangkitan varian Omicron adalah lebih tinggi berbanding varian-varian sebelum ini.

“Apa yang saya tahu ialah sekiranya jangkitan kita meningkat, maka jumlah yang akan masuk ke hospital juga akan meningkat.”

“Itu yang kita nak elak. Tekanan kepada sistem kesihatan kita sehingga hospital kita lumpuh.”

“Senang kata, tidak ada katil lagi dah sebab cepat sangat (merebak) macam bulan Ogos lepas,” jelasnya.

Rakaman yang tular sebelum ini

 

Nak macam-macam info? Jom Join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL