Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 264

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/akupuszx/public_html/wp-content/plugins/prevent-xss-vulnerability/includes/class-prevent-xss-vulnerability-frontend.php on line 265
Senarai Harga Kereta Baru Yang Sesuai Dengan 10 Tangga Gaji Di Malaysia
spot_img

Senarai Harga Kereta Baru Yang Sesuai Dengan 10 Tangga Gaji Di Malaysia

- Advertisement -

MESTI ada dikalangan rakyat Malaysia yang bercadang nak membeli sebuah kenderaan baru atas pelbagai faktor. Ada yang membeli kerana memikirkan kos baikpulih kenderaan lama ibarat dapat memiliki sebuah kereta yang baru dan sebagainya.

Walaubagaimana pun, jika anda teringin membeli sebuah kenderaan yang baru pastikan tidak memberi tekanan pada anda dikemudian hari. Perlu diambil kira juga kos-kos lain seperti tol, minyak, servis, selenggara, insuran dan cukai jalan. Jika anda telah bersedia ke semua ini dan telah membuat kiraan dengan baik dan teliti, tidak mengganggu perbelanjaan yang lain maka jelaslah anda mampu memilikinya.

Berikut adalah senarai harga kereta baru yang sesuai dengan 10 tangga gaji di Malaysia:

- Advertisement -

Pendapatan Tahunan RM36,000

  1. Proton Saga 1.3 Standard MT = RM32,400
  2. Proton Saga 1.3 Standard AT = RM35,300
  3. Perodua Axia 1.0 G AT = RM32,485
  4. Perodua Axia 1.0 Gxtra AT = RM33,940
  5. Perodua Bezza 1.0 G MT = RM33,456
  6. Perodua Bezza 1.0 G AT = RM35,391

Pendapatan Tahunan RM42,000

  1. Proton Saga 1.3 Premium AT = RM39,300
  2. Proton Iriz 1.3 Standard MT = RM36,200
  3. Proton Iriz 1.3 Standard CVT = RM39,200
  4. Perodua Axia 1.0 Style AT = RM37,515
  5. Perodua Axia 1.0 SE AT = RM37,515
  6. Perodua Axia 1.0 Advance AT = RM41,427

Pendapatan Tahunan RM48,000

  1. Proton Iriz 1.3 Executive CVT = RM44,700
  2. Proton Iriz 1.6 Executive CVT = RM46,700
  3. Proton Persona 1.6 Standard MT = RM42,100
  4. Proton Persona 1.6 Standard CVT = RM44,600
  5. Perodua Bezza 1.3 X AT = RM43,980
  6. Perodua Myvi 1.3 G AT = RM44,590
  7. Perodua Myvi 1.3 Premium X AT = RM46,590
  8. Kia Picanto 1.2L KX = RM44,888

Pendapatan Tahunan RM54,000

  1. Proton Iriz 1.6 Premium CVT = RM50,700
  2. Proton Persona 1.6 Executive CVT = RM49,600
  3. Perodua Bezza 1.3 Advance AT = RM49,980
  4. Perodua Myvi 1.5 High AT = RM50,290
  5. Perodua Alza 1.5 S MT = RM51,490
  6. Kia Picanto 1.2L EX = RM49,999

Pendapatan Tahunan RM60,000

  1. Proton Persona 1.6 Premium CVT = RM54,600
  2. Proton Exora 1.6 Executive CVT = RM59,800
  3. Perodua Myvi 1.5 Advance AT = RM54,090
  4. Perodua Alza 1.5 S AT = RM54,290
  5. Perodua Alza 1.5 SE AT = RM56,890
  6. Kia Picanto 1.2L GT LINE = RM59,888
- Advertisement -

Pendapatan Tahunan RM66,000

  1. Perodua Alza 1.5 Advance AT = RM62,690
  2. Perodua Atiza 1.0L Turbo X CVT = RM61,500

Pendapatan Tahunan RM72,000

  1. Proton Exora 1.6 Premium CVT = RM66,800
  2. Perodua Ativa 1.0L Turbo H = RM66,100
  3. Perodua Ativa 1.0L Turbo AV = RM72,000
  4. Toyota Yaris 1.5 J = RM70,888
  5. Nissan Almeera 1.5L E AT = RM69,888

Pendapatan Tahunan RM78,000

  1. Perodua Aruz 1.5 X AT = RM72,900
  2. Perodua Aruz 1.5 Advance AT = RM77,900
  3. Toyota Yaris 1.5 E = RM76,888
  4. Toyota Vios 1.5 J = RM77,200
  5. Honda Jazz 1.5 S = RM75,300
  6. Volkswagen Polo 1.6 MPI Comfortine = RM74,990

Pendapatan Tahunan RM84,000

  1. Proton X50 1.5T Standard = RM79,200
  2. Toyota Yaris 1.5 G = RM83,888
  3. Toyota Vios 1.5 E = RM81,200
  4. Toyota Avanza 1.5 E = RM80,888
  5. Toyota Avanza 1.5 S = RM83,888
  6. Honda Jazz 1.5 E = RM81,400
  7. Honda City 1.5 S = RM78,500
  8. Nissan Almeera 1.5L VL AT = RM79,888
  9. Nissan Almeera 1.5L E AT (Black Series) = RM78,388
  10. Kia Rio 1.4L EX = RM79,888
  11. Volkswagen Polo 1.6 MPI Comfortine JOIN = RM81,990
  12. Mitsubishi Triton Quest MT 4X4 = RM79,890

Pendapatan Tahunan RM90,000

  1. Proton X50 1.5T Executive = RM84,800
  2. Toyota Vios 1.5 G = RM87,300
  3. Toyota Hilux S/Cab 2.4 MT 4×4 = RM90,000
  4. Toyota Avanza 1.5 S+ = RM87,888
  5. Toyota Innova 2.0 E MT (Taxi) = RM84,325
  6. Honda Jazz 1.5 V = RM88,700
  7. Honda Jazz 1.5 E = RM88,820
  8. Honda City 1.5 E = RM84,600
  9. Honda BRV 1.5 E = RM89,900
  10. Volkswagen Vento 1.6 MPI Comfortine = RM84,690
- Advertisement -

Semoga anda jumpa harga kereta paling murah di Malaysia dan mampu milik untuk anda, keluarga serta sesuai dengan bajet anda.

Beli kereta bukan kerana ikut-ikut kawan sekeliling kita, belilah berdasarkan kemampuan tahap kewangan kita sendiri. Bila jurujual cuba ‘racun’ anda, ingatlah bahawa bayaran bulanan dan lain-lain kos ditanggung sepenuhnya oleh anda selepas itu bukan jurujual atau rakan-rakan. hehe

Katakanlah anda bergaji RM1,500 tetapi ingin memiliki sebuah kereta, belajarlah membeli kereta terpakai dahulu dan pelajari kos-kos kenderaan yang terlibat. Contohnya, anda boleh dapatkan kereta Proton Saga lama 1985 atau 1991 dengan harga pasaran sekitar RM1,500 hingga RM10,000 berdasarkan keadaan kereta seperti enjin, suspension, fizikal kereta dan lain-lain.

Tangga gaji bawah RM3,000 sebenarnya hanya mampu sebuah kereta terpakai sahaja. Jika gaji RM1,500 carilah kereta yang bernilai RM18,000. Jika gaji anda RM2,000 carilah kereta yang bernilai RM24,000. Gaji RM2,500 pula carilah kereta yang bernilai RM30,000.

Bukan apa, risau-risau nanti bila terlalu mengikut rakan-rakan sekeliling suatu hari nanti anda juga yang resah gelisah kerana kereta telah ditarik oleh bank akibat gagal membayar. Ikat pula 7 ke 9 tahun, memang suatu tempoh yang agak lama.

Jika ditanya orang yang dah lama kaya pun, mereka lebih selesa memakai kereta bayaran bulanan rendah, kos selenggera murah, insurans murah dan sebagainya. Kereta ini hanyalah liabiliti bagi mereka dan membuatkan kekayaan mereka habis kerana sebuah kereta.

Itu orang yang dah lama kaya, yang banyak sumber pendapatan mereka. Kita yang hanya mengharapkan duit gaji bulanan dari 1 syarikat sahaja ni pula bagaimana? hehe

Okey apa kan? Bila memiliki sebuah kereta yang betul-betul ikut kemampuan, percayalah mesti ada sedikit lebihan duit yang boleh kita laburkan untuk kereta tersebut bagi mencantikkan dan sedap mata memandang. Yang penting, geran ditangan. Bayaran bulanan dah tak perlu difikirkan dan tak menghantui kita sepanjang masa. hehe

Jadi, bagi yang bergaji dibawah RM3,000 janganlah berasa terhina sangat kerana tidak mampu memiliki sebuah kereta baru. Janji tiap-tiap bulan ada duit dan tak meminjam dengan sesiapa. Layak meminjam, belum tentu mampu membayarnya bertahun-tahun.

Nak macam-macam info? Jom join Channel Telegram Aku Papan Kekunci

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

- Advertisement -
- Advertisment -
- Advertisment -
close
spot_img

VIRAL